Ditulis oleh MUHAMAD FIKRY
UNISEL BESTARI JAYA, 3 SEPTEMBER - Program Induksi Sukarelawan De Volunteer telah diadakan bertujuan untuk melatih ahli-ahli persatuan De Volunteer sebagai persiapan sebelum mereka melaksanakan misi-misi bantuan yang akan dijalankan pada tahun hadapan. Induksi ini telah menggabungkan ahli-ahli dari fakulti UNISEL Shah Alam dan fakulti UNISEL dari Bestari Jaya dan diketuai oleh Penasihat De Volunteer, Pensyarah Izwan Suhada. Seramai 23 orang ahli dan 5 orang fasilitator bagi membimbing ahli-ahli. Latihan ini telah dijalankan di UNISEL Bestari Jaya selama 3 hari 2 malam. Antara subjek yang ditekankan dalam latihan induksi ini termasuklah kekuatan mental, fizikal, rohani dan teknik berkomunikasi. Encik Izwan Suhada telah pun menyampaikan teori-teori asas yang penting berkenaan Induksi Misi-Misi Sukarelawan ( IMISU ) kepada ahli-ahli yang terlibat pada hari pertama. Seterusnya diikuti oleh program bengkel-bengkel dan lain-lain latihan. Program IMISU melibatkan beberapa lokasi termasuklah Perpustakaan UNISEL, slot ritual di Masjid UNISEL, dan tempat penginapan ahli di Kolej Kediaman UNISEL. Antara pengisian yang didedahkan termasuklah definisi ilmu, bahasa dan diri, pengisisan hati, bengkel syair, bengkel penggunaan media dan videografi, bengkel menulis berita.
Disediakan oleh Muhamad Fikry Bin Abd Hamid
----->Pemberita merupakan salah seorang sukarelawan yang terlibat semasa Induksi Sukarelawan De Volunteer.

Post a Comment