Embun pagi sinar mentari,
Membawa semangat yang memberi erti,
Mempersiap sedia jiwa dan diri,
Menempuh cabaran baru bersama rakan disisi.

Meskipun ramai belum mengenali,
Tetap semangat meneruskan misi,
Menerapkan ketabahan dan kesabaran di dalam hati,
Tabah melangkah mencabar diri.

Satu persatu ilmu telah diberikan,
Pelbagai info tips telah didedahkan,
Berbagai pengalaman telah diceritakan,
Membakar semangat kami untuk mneruskan

Biar penuh dugaan dan cabaran,
Tetap tabah menempuh halangan,
Meski  dihimpit kebimbangan dan ketakutan,
Tetap cekal kami bertahan demi sebuah pengalaman.

Yang benar,
AIREEN AMEERA BINTI JOEHARY
- Peneroka -
SELASA, 9:00 PAGI
22 ZULHIJJAH

Post a Comment

Previous Post Next Post