Demografi dan Geografi : 

Agama Islam di Thailand dianuti lebih kurang 4 juta orang atau 6% penduduk negara itu.
Kebanyakan orang Islam Thai beraliran Ahli Sunnah Waljamaah walaupun terdapat juga penganut mazhab lain dari berbagai-bagai negara. 

Sebahagian besar penduduk Islam di Thailand berasal dari wilayah-wilayah selatan di negara itu seperti Yala, Pattani dan Narathiwat. Penduduk Islam yang lain terdapat di merata Thailand terutama di kota Bangkok. Wilayah Satun yang bersempadan dengan Malaysia juga mempunyai penduduk Islam yang ramai. Songkla juga terdapat ramai muslim yang terdiri dari satu pertiga dari jumlah penduduknya.
Selain itu terdapat komuniti islam di wilayah utara Chiang Mai , Chiang Rai , Lampang dan Mae Hong San yang terdiri dari etnik Chin Haw atau lebih dikenali sebagai Panthay Hui. Terdapat juga ethnik Hmong Muslim, Burma Muslim serta Thai muslim sepanjang sempadan di Barat dan Utara ,Myanmar,China dan Laos
Komuniti Cham dan Khmer Muslim terdapat di sepanjang wilayah Timur seperti Surin, Buriram, Chanthanburi,Sisaket dan Ratchanburi yang bersempadan dengan Kemboja
Etnik Thai Muslim tinggal di Wilayah Tengah Thailand seperti Di Wilayah dataran Korat atau dan tumpuan besar di wilayah selatan seperti Ranong Phattalung, Krabi , Surat Thani , Phuket , Nakhon Si hammarat serta Wilayah di kebayakkan bandar utama seluruh Thailand.
Disediakan oleh Nurul Syakilla Binti Anuar daripada Exco Kajian Dan Intelektual dalam Grup Sukarelawan Darul Ehsan juga merupakan Exco Kajian Dalam Misi Patani Thailand.
Sumber Daripada : https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Islam_di_Thailand

Post a Comment

Previous Post Next Post