Thailand telah mengeluarkan keputusan rasmi Pilihan Raya Umum kontroversi berlangsung pada 24 Mac lalu yang menyaksikan parti protentera, Palang Pracharat bakal membentuk kerajaan gabungan walaupun tiada parti menang majoriti.
Tetapi, Senat dijangka memberi sokongan yang akan memberi kelebihan kepada mereka untuk kekal memegang kuasa selain didakwa bakal membentuk kerajaan gabungan dengan parti kecil.
Suruhanjaya Pilihan Raya (EC) mengumumkan kerusi senarai parti sehari selepas ia mengesahkan kemenangan 349 Ahli Parlimen di kawasan pilihan raya masing-masing.
Difahamkan, kerusi senarai parti mewakili 30 peratus di Dewan Perwakilan di bawah sistem perwakilan berkadar.
"Palang Pracharath berada di landasan untuk membentuk kerajaan gabungan yang berkemungkinan terdiri daripada lebih 10 parti. Jadi, ia bakal memberi risiko terhadap kestabilan kerajaan kerana setiap parti akan bersaing untuk merealisasikan agenda mereka," kata pakar politik, Punchada Sirivunnabood.
Sebelum ini, Pheu Thai dan enam parti lain mendakwa telah membentuk gabungan terdiri daripada 255 kerusi, namun keputusan rasmi yang dikeluarkan mendapati 'barisan hadapan demokratik' itu hanya meraih 245 kerusi.
Sementara itu, akhbar Krungthep Turakij hari ini melaporkan Palang Pracharath telah meraih gabungan majoriti dengan 256 kerusi dan Perdana Menteri, Prayuth Chan-o-Cha dijangka mengekalkan jawatannya.
Sumber : Sinar Harian
Muhamad Fikry Bin Abd Hamid merupakan sukarelawan yang akan melaksanakan Misi Jelajah Patani pada 6-21 Ogos 2019 sebagai Pengarah. Beliua merupakan Exco Sahsiah Majlis Perwakilan Pelajar MPPUNISEL sesi 2019/2020 selain Timbanlan Presiden, Grup Sukarelawann Darul Ehsan.
Post a Comment