Aku dikejutkan oleh teman serumahku untuk bangun bersiap bagi menunaikan qiamullail dan solat fardhu subuh. Namun disebabkan aku tidur agak lewat pada malam itu, aku sungguh liat untuk bangun. Berkali-kali teman serumahku mengejutkanku. Jam menunjukkan pukul 5.00 pagi baru aku bangun dari katilku. Aku bergegas bersiap untuk ke masjid. Aku sepatutnya berkumpul di masjid pada pukul 5.00 pagi untuk qiamullail tetapi disebabkan kelewatan bangun aku tidak sempat untuk bersama-sama para sukarelawan lain untuk berqiamullail. Azan subuh berkumandangan sewaktu aku dalam perjalanan ke masjid bersama Ummi dan Ekin. Kami bergegas ke masjid untuk bersama-sama jemaah lain menunaikan solat subuh.
Langit semakin cerah, kami memulakan pagi dengan slot bersama Cik Izwan Suhadak. Topik pada pagi itu ialah mengenai qurban dan dana yang diperolehi oleh setiap misi. Sewaktu slot pagi berlangsung Cik Su meminta aku ke hadapan untuk memberi duit misi yang ada padaku. Namun aku tidak mahu memberikan kepadanya kerana risau tidak akan dapat balik duit itu. Akhirnya, setelah dipaksa berkali- kali aku menuruti perintahnya itu.
Selesai slot pertama hari ini, kami mengisi perut dengan nasi lemak yang sedap tetapi pedas. Selepas itu, slot kedua dimulakan bersama Encik Azahari iaitu YDP ABIM Kuala Selangor. Beliau menceritakan menegnaik pengalaman beliau menyertai misi sukarelawan. Beliau juga banyak menceritakan pengalaman beliau sewaktu di Patani. Hal ini membuka mata kami mengenai
kehidupan di Patani.
![]() |
Selesai slot kedua, kami makan tengah hari berlaukkan nasi putih dan kari ayam.
Seperti hari sebelumnya, selepas makan tengah hari kami menunaikan solat fardhu zohor. Aku tertidur 15 minit di masjid semasa menunggu azan zohor masuk. Seterusnya, kami memulakan slot ketiga berkenaan Etika Alam Sekitar Dari Sudut Islam oleh Encik Yusaimi yang dikenali sebagai Encik Tenggo . Ceramah beliau mengenai alam sekitar banyak membuka mata kami mengenai alam sekitar. Beliau menerangkan setiap ayat mengenai alam yang terdapat di dalam al-Quran. Selain itu, cermah beliau juga membuka mata kami tentang dosa-dosa yang dilakukan terhadap alam.
Selesai sudah kesemua slot bersama ceramah jemputan pada hari ini. Masa lapang yang ada diisi dengan menyiapkan tugasan-tugasan yang belum disiapkan. Aku bersama ahli misi Patani dari Bestari Jaya menyiapkan modul Bahasa Melayu kami. Setelah menyiapkan modul, kami brgerak ke tepi tasik untuk mengambil gambar profile dan membuat video pengenalan diri setiap ahli. Aku dan rakan-rakan misi lain mengalami kesukaran untuk menghafal skrip yang telah diberikan. Banyak kali juga kami 'cut' video kerana terlupa skrip.
Senja semakin hampir, kami bersiap sedia untuk makan malam. Selesai makan malam, kami solat maghrib berjemaah bersama kemudian kami berkumpul kembali untuk tazkirah 60 saat. Azan isyak berkumandang kami berhenti sebentar untuk solat dan menyambung tazkirah tadi.
Hari sudah semakin lewat, kami meneruskan dengan OGroup untuk membincangkan perkara-perkara yang belum siap untuk ke misi. Setelah selesai semua kami beransur pulang ke hostel.


Post a Comment