Meredah hutan tanpa haluan,
Semak ditebas tanpa berkira,
Tersempak laut dalam kehausan,
Tampak tenang walaupun dalam.
Bingkai kaca keemas-emasan,
Tersusun rapi bagaikan benang,
Terus terjun dalam lautan,
Lupa diri tak pandai berenang.
Fikry
10 Ogos 2019
4:32 pm
Nad Tanjung, Patani
Post a Comment