dengan duniawi,
Terjatuh , diangan angan berasa diri bangga dengan hiburan dunia.
Letak dunia ini di mana?
Di hati atau di tangan
Jangan diikat hatimu dengan dunia
Kerana kita akan menjadi rugi dan terhina.
Tetapi letaklah dunia di tangan kita
Kerana ia cumalah sebuah persinggahan
Bagi kita musafir yang berjalan
Yang hanya menjalankan tugas sebagai seorang khalifah
Ia umpama ladang yang kosong dan rata
yang perlu dibaja dan ditanam dengan kebajikan
Demi merebut redha dan maghfirah ilahi,
Dan menuai hasil di akhirat nanti.
Nukilan oleh kila
21 Ogos 2019
4:00 pm
Princess Narathiwat Universiti
Post a Comment