Matahari
Kau memberi cahaya mentari
Menerangi muka bumi di kala siang hari
Memberi semangat buat manusia
Untuk bekerja sepanjang hari
Terik mu memanaskan badan
Terik mu menghangatkan suasana
Terik mu mengeringkan alam
Membantu mencari rezeki
Rezeki yang luas di muka bumi
Di setiap pelosok dunia
Tersimpan seribu impian
Mencari tuan untuk mencapai hasratnya
Sehingga impian menjadi kenyataan
Marini
10 Ogos 2019
11.57 malam
Nad Tanjung
Post a Comment