Hari ke-6, merupakan hari raya Qurban atau dikenali sebagai Hari Raya Aidil Adha (hari yang pertama). Tahun ini merupakan tahun pertama bagi Ekin meraikan Raya Aidil Adha tanpa keluarga yang berada di W. P. Labuan. Namun begitu, Raya Kali ini walaupun tanpa keluarga, terasa sangat meriah seolah-olah sedang merayakan dengan ahli keluarga yang besar walaupun tidak mempunyai pertalian darah dengan penduduk kampung Nad Tanjung. Kami dilayan seakan-akan ahli keluarga yang baru pulang ke kampung, layanan mereka Yang sangat ramah dan mengalukan membuatkan kami berasa "Oh, this is my other home and they are my big family...".
Sejujurnya, tidak pernah ekin merasa sangat-sangat di alu-alukan di tempat orang. Tetapi, bila kami berada di sini di kampung Nad Tanjung, Kami berasa sangat-sangat dialu-alukan seakan-akan Kami merupakan Salah seorang daripada mereka. Walaupun mereka tidak mengenali Kami,dan walaupun Kami merupakan orang luar datang ke negeri orang, layanan mereka tetapi tidak ubah seperti melayan Salah seorang ahli keluarga mereka.
Untuk aktiviti pada hari ini tidak banyak, kerana hari ini merupakan antara hari dimana penduduk kampung amat sebuk dengan kerja, dimana pihak lelaki dengan menguruskan haiwan Qurban serta daging Qurban manakala pihak perempuan Pula, dengan memasak dan menjamu tetamu Yang datang beraya dengan masakan mereka.
Kami dijemput untuk datang beraya dirumah Puan Maznah, yang hanya terletak dibelakang kawasan tempat rumah penginapan sementara kami. Kami bersiap-siap berbaju raya dan keluar beraya rumah pertama. Puan Maznah menjemput Kami masuk kerumah dan menjamu Kami dengan juadah Raya yang dimasaknya.
Antara juadah yang dimasak dan dihidangkan kepada kami ialah, popia sayur, tapai pulut hitam, gulai ayam kampung, sambal ikan ataupun dikenali sebagai serunding ikan, donat kecil. Kami difahamkan bahawa di Patani tidak mempunyai daun Kari untuk membuat gulaian Kari dan mereka tidak ada serunding ayam dan daging.
Puan Maznah juga menceritakan sedikit mengenai sejarah hidupnya. Beliau merupakan seorang peniaga dan mempunyai sebuah kedai makan di Penang. Beliau hanya pulang ke Kampung Nad Tanjung pada musim Raya dan tiga bulan sekali pada waktu kerja untuk menziarahi keluarga beliau.
Selepas kami habis beraya di rumah Puan Maznah, kami dijemput pula untuk beraya dirumah Abe Ya. Begitu juga dengan Puan Maznah, keluarga Abe Ya sangat mengalu-alukan kedatangan Kami dan menghidangkan juadah kepada kami. Rumah terakhir yang Kami datang beraya ialah, rumah Abe Mat. Aktiviti pada hari ini diakhiri dengan perbincangan dengan ahli kumpulan seperti biasa.
Post a Comment