Hari ini merupakan Hari Raya Aidil Adha yang kedua, dan sebagaimana semalam kami ahli sukarelawan dijemput beraya di awal pagi dirumah Salah seorang penduduk tempatan kampung Nad Tanjung yang bernama, Encik Ahmad Abdul Rahman. Dirumah beliau,Kami dijamu dengan lauk-pauk berdasarkan daging qurban lembu yang disembelih semalam pada pagi Raya Haji Aidil Adha yang pertama.
Aktiviti Kami pada hari ini ialah menghadiri persembelihan daging qurban kami iaitu,seekor lembu yang didermakan oleh tujuh orang rakyat Malaysia; Muhammad Fikry b Abd Hamid, Nurul Syakilla bt Anuar, Ahmad Hydhar b Sabri, Siti Nor Bahya bt Samiaun, Zabri b Kamarudin, Siti Aimuni bt Zabri, dan Noor Asshikin bt Abdul Zaid.
Selepas Kami menunaikan solat Zuhur, Kami diajak makan dirumah Abe Ding. Disana kami dijamu makanan masakan Patani oleh keluarga Abe Ding. Antara makanan yang dihidangkan ialah Somtam, tomyam daging Qurban lembu, dan juga padkrapao.
Namun rezki tidak berhenti disitu sahaja kerana Kami kemudiannya dijemput untuk makan satay daging Qurban dirumah Encik Ahmad Abdul Rahman semula. Tidak berapa lama selepas itu, Kami pulang ke tempat penginapan sementara kami untuk mengenai dan mempersiapkan daging Qurban untuk dibakar, daging tersebut dimasak untuk jamuan penduduk kampung Nad Tanjung selepas maghrib nanti.
Aktiviti kami tidak berhenti disitu sahaja, pada malam harinya Kami dijemput pula untuk ke pentas yang dibina sendiri oleh penduduk kampung. Disana kami melihat persembahan nasyid oleh kanak-kanak tadika. Antara tadika Yang membersihkan persembahan nasyid ialah Jamiul Wustha Yang diwakili oleh sebuah kumpulan gadis.
Bukan itu sahaja, Kami juga dikehendaki membuatkan persembahan diakhir temasya. Bagi perempuan, Kami membuat persembahan nasyid bertajuk 'Rasulullah' yang diketuai oleh sahabat Kami, Nurul Syakilla bt Anuar.






Post a Comment