Hari ini merupakan hari lawatan sambil belajar buat kami. Kami diiringi oleh pelajar PNU dan Doktor Hisham untuk melawati di beberapa fakulti yang ada di Princess of Naradhiwas. Antara fakulti yang kami lawati  ialah Fakulti Automotive dan Fakulti Electrical. 

     Disana kami melawat para pelajar melaksanakan tugas mereka dalam kelas. Kami diberi peluang untuk melihat sendiri bagaimana pelajar-pelajar tersebut bekerja dalam kelas.


    Selain melawati fakulti-fakulti yang ad di Princess of Naradhiwas di Narathiwat, Kami juga berpeluang untuk melawati bangunan bersejarah mengenai PNU.

   


      Kami difahamkan bahawa PNU diberi nama berdasarkan nama tuan puteri mereka. Bukan itu sahaja, kami juga belajar mengenai sejarah di Narathiwat. Misalnya, bot Korlae. Korlae mempunyai 3 bahagian iaitu, 'Palo' 'Terngoh' dan 'Pungong'. Kami juga difahamkan logo princess of Naradhiwas University diambil daripada 'Royal Emblem yang di anugerahi kepada Puteri Naradhiwas.

    
    Untuk mengisi masa terluang kami, ketua kumpulan kami relay mengadakan sesi KULSAM empathy Kali. Tajuk-tajuknya ialah,  Ukhwah, Kerohanian,Iman dan Ilmu. Bak kata Amin, Salah seorang ahli kumpulan kami mengatakan "Kulsam adalah Salah Satu dimana Kita dapat berkongsi pendapat, dimana Kita boleh masing-masing berlajar". 

    Pada petang itu, kami tidak dapat keluar kemana-mana kerana hujan yang lebat menyebabkan pergerakan Kami terhenti.  Jadi, kami menggantikan dengan aktiviti KULSAM, membaca Al-mathsurat dan menyiapkan kerja-kerja yang masih belum siap. 





  Aktiviti Kami pada malam itu sepatutnya menghadiri sebuah ceramah atau 'Talk' di Masjid PNU yang dibawa oleh Dr. Anish. Malangnya, Dr Anish tidak dapat hadir kerana mempunyai banyak urusan.
Jadi, Kami dan pelajar PNU bersembahyang bersama-sama secara berjemaah solat Isya'. Selepas itu kami dibawa ke kedai untuk makan malam.

     Aktiviti Kami pada malam ini seperti biasa diakhiri dengan perbincangan diantara ahli kumpulan dan pemberian Posto-Posto.




Post a Comment

Previous Post Next Post