Sambutan hari guru akan berlangsung di Princess of Narathiwat University, aku sangat teruja untuk melihat cara mereka menyambutnya dan cara majlis berlangsung. Kami dijemput masuk dan dipersilakan duduk di bahagian depan. Sangkaan aku meleset kerana mereka menyambutnya dengan hanya memberi ceramah dan kemudian menyampaikan anugerah kepada pelajar dekan serta bantuan kewangan kepada pelajar yang terpilih. Sebelum acara penyampaian anugerah dimulakan, seorang pensyarah telah memberikan satu syarahan yang berkait rapat dengan sejarah nabi, antara pengajaran yang aku dapat daripada syarahan beliau ialah sebagai manusia kita mestilah sentiasa berusaha mencari ilmu dan ilmu yang bermanfaat mestilah sentiasa diamalkan dan diturunkan kepada generasi yang seterusnya kerana tanpa berbuat sedemikian ilmu di dunia ini akan berkurangan. Sedangkan ilmu di dunia ini banyaknya tidak mencukupi jika menggunakan air di lautan 7 kali ganda sebagai dakwat sekalipun. Jadi, hargailah ilmu yang telah kita perolehi dan sentiasa memanfaatkannya dan tidak sesekali mensia-siakannya.
Aku serta rakan-rakan misi yang lain telah mengadakan satu perbincangan berkaitan hal yang sangat serius melibatkan bicara hati ke hati. Kami melakukan kulsam yang bertajuk amarah, dan tidak jujurlah kalau jawapan yang diberikan adalah tidak pernah marah dalam hidup kerana setiap manusia pasti akan marah walaupun pada hal yang kecil. Marah itu wujud hasil daripada hasukan syaitan dan sifatnya yang panas seperti api merupakan sifat syaitan itu sendiri. Kita dinasihatkan untuk menenangkan jiwa yang sedang meronta-ronta kemarahan itu dengan mengambil wudhuk. Wudhuk merupakan simbolik kepada air yang akan memadamkan api kemarahan di dalam hati seseorang. Kita juga diajar perlbagai kaedah untuk meredakan kemarahan seperti duduk jika berada dalam keadaan berdiri dan baring jika dalam keadaan duduk serta menarik nafas panjang untuk mendapatkan fikiran yang waras semula kerana seseorang tidak dapat berfikir dengan betul jika dia berada dalam keadaan yang marah. Namun kemarahan ini juga lumrah kehidupan manusia kerana manusia yang tidak mempunyai sifat marah ini dianggap tidak normal kerana ia juga yang akan menyeimbangkan perasaan seseorang. Marah kadang-kala menjadi baik jika apa yang dilontarkan itu dapat memberi semangat dan perubahan ke arah kebaikan kepada seseorang itu tetapi kemarahan yang akan mejatuhkan semangat seseorang adalah dilarang sama sekali kerana perbuatan itu adalah sia-sia.
Kemudian kami dijemput untuk memasuki kelas bahasa Arab. Tajuk yang kami pelajari pada hari itu berkaitan jual beli. Kami diajar berkaitan dengan cara berurusan dan melayani pelanggan. Kami didedahkan dengan percakapan melayani pelanggan dalam bahasa Melayu. Aku gembira kerana kami masih dalam perbincangan.
Disediakan oleh :
Nur Farhana Marini Binti Marzuki merupakan sukarelawan Misi Jelajah Patani (MIMPI) sebagai Setiausaha, juga sebagai Exco Multimedia dan Teknologi Kreatif Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUNISEL) sesi 2019/2020 serta Setiausaha Grup Sukarelawan Darul Ehsan (DE VOLUNTEER) Kampus Shah Alam.
Post a Comment