Hari ini merupakan hari pertama dimana kami berpeluang untuk melibatkan Siri secara terus dengan pelajar-pelajar Princess of Naradhiwas ataupun juga dikenali juga sebagai PNU di kampus mereka. Pada pagi itu, seperti biasa Kami dijemput oleh pengiring kami iaitu senior pelajar PNU sendiri iaitu, Sumayyah dan Kamarulzaman. 

     Program Kami pada pagi ini ialah melihat dan menghadiri Sambutan Hari Guru Yang berlangsung di Dewan Besar PNU. Saya difahamkan oleh Sumayyah, bahawa PNU sangat mengambil berat tentang Sambutan Hari Guru setiap tahun. Malahan, semua fakulti (7 fakulti semuanya) datang berhimpun untuk bersama-sama. Bukan itu sahaja, pelajar dari Tak Bai juga menghadiri Majlis Sambutan Hari Guru tersebut.


      Majlis Sambutan Hari Guru tersebut hanya dalam Bahasa Thailand, maka kami diduduki bersebelahan dengan pengiring kami iaitu pelajar PNU untuk membantu kami dalam memahami ucapan yang disampaikan oleh guru-guru dan para pelajar PNU. 

      Menurut Aini, sebagai pelajar PNU dari Islamic and Arabic Studies dan Salah seorang pengiring kami, ucapan yang diberi oleh Salah seorang wakil pelajar ialah mengenai betapa pentingnya pelajaran,pendidikan, guru-guru dan mereka sebagai ibu bapa kedua pelajar. Oleh itu, hargailah mereka.

     Selepas ucapan penghargaan pelajar tersebut tamat, pihak guru mengadakan pemberian anugerah sijil kepada pelajar-pelajar Dekan yang cemerlang. Bukan itu sahaja, pihak guru juga menyampaikan sumbangan berbentuk kewangan kepada pelajar-pelajar PNU yang kurang bernasib baik.

     Kami difahamkan bahawa Princess of Naradhiwas University ataupun PNU mempunyai dua orang Pengerusi (Chairman) iaitu, Jongrak Palasai dan Roksukon Seingmani. Program Sambutan Hari Guru ini berlakulah sehingga tengah hari iaitu sekitar jam 12.

      Setelah itu Kami dibawa ke Surau di Fakulti Islamic and Arabic Studies untuk menunaikan solat Zuhur dan berehat sebentar sebelum program Kami yang seterusnya iaitu, menghadiri kelas Arabic.
Kami dibakan kepada dua kumpulan untuk masuk ke kelas Yang berlainan. Walaupun Kami berlainan kelas tetapi, topik pembelajaran adalah serupa iaitu mengenai 'Jual Beli'.

  Oleh kerana saya tidak pandai dalam berbahasa Arab, saya menjadi kurang menumpukan perhatian terhadap subjek dan 100% memerlukan bantuan Aini untuk membantu saya memahami apa Yang diajar di dalam kelas.

     Kelas Arabic berakhir tepat pada pukul 4.20 petang dan kami menerusi perjalanan ke Masjid PNU yang berada bersejarah untuk menunaikan solat Asar. 

Post a Comment

Previous Post Next Post