Pada hari induksi yang terakhir iaitu pada 5 Ogos 2019 , seperti biasa kami diarahkan bergerak ke masjid pada pukul 5:30 pagi bagi penyediaan diri untuk qiamullai dan solat subuh berjemaah. Tetapi, aku dan rakan-rakan perempuan yang lain tiba lewat di masjid pada pukul 6 kerana tidak tersedar dari lena. Tetapi alhamdulillah tidak terlepas dari berjemaah subuh.
Tiba sahaja di masjid , kami terus menunaikan solat subuh berjemaah. Selesai sahaja solat, saya dan kawan-kawan perempuan yang lain terus menyiapkan penulisan wasiat dalam masjid kerana pada waktu itu kunci bilik kuliah tidak dijumpai. Jadi kami mengambil kesempatan untuk menulis wasiat. Selepas mendapat kunci pada pukul 6.40, kami terus masuk ke bilik kuliah untuk bersama-sama rakan yang lain membaca al mathurat.
Selepas itu, Zaini dan Abang Amin yang menjadi sebagai komiti untuk program induksi ini memberi arahan untuk membuat kerja masing- masing bagi menyiapkan segala kerja yang belum siap. Kami semua pun terus menyiapkan wasiat dan menulis sehingga siap. Selepas itu, En.Su tiba di bilik kuliah untuk meneruskan slot seterusnya. Siapa En.Su, Nama beliau , Encik Izwan Suhadak yang merupakan penasihat Grup Sukarelawan Darul Ehsan. Kami gelar beliau dengan nama En.Su. Setelah siap menulis wasiat, En.Su menyuruh untuk berkumpul dalam bulatan dalam keadaan duduk yang selesa untuk memulakan slot pembacaan wasiat.
Memandangkan pada hari tersebut merupakan hari induksi yang terakhir bagi Team Misi Patani iaitu team aku sendiri. Jadi hanya kami sahaja yang membacakan wasiat kerana En.Su mahu penyediaan itu lebih kepada Misi Patani yang perlu berangkat pada hari tersebut juga
Urusan pembacaan wasiat sangat menyentuh hati semua orang. Wasiat yang kami tulis umpama luahan hati kita yang juga mengatakan kita telah dijemput oleh Sang Pencipta. Namun , kami tidak malu untuk membacanya kerana sebagai sukarelawan harus berani membuat sesuatu tindakan. Ahli- ahli misi aku semuanya membaca dengan nada yang lembut dan ada diantara kami yang menangis sehingga tak mampu untuk meneruskan pembacaan. Tetapi kami tetap menghabiskannnya. Kami percaya walaupun titisan air mata jatuh ,namun jiwa dan hati masih ada kekuatan dari Allah.
Selesai urusan wasiat, farhana ahli misi patani perlu pulang ke rumah kerana pada hari esoknya beliau ada praktikal di Unisel Shah Alam. Abang Amin juga bergerak ke Patani esok untuk menemani farhana. Jadi kami semua bergambar bersama- sama untuk dijadikan kenangan dan ikatan ukhwah dan kepercayaan lebih terjamin. Kami pergi misi bersama- sama , menjalankan tanggungjawab bersama, bergerak dalam satu ummah , demi mencapai objektif dan tujuan yang sama.
Detik- detik waktu berjalan , debaran kian kini terasa. Hati mengatakan berat untuk aku pergi, kerana aku sangat rindu akan mama dan ayahku yang sudah sebulan tidak berjumpa dan pergi ke patani pun tidak sempat untuk berjumpa dengan mama ayah atas urusan yang tidak dapat diselesaikan.
Pada pukul 4 petang , kak hidayah iaitu bekas ketua Misi Kembara Relawan Jakarta iaitu Mekar , misi aku yang lepas di Jakarta. Aku sudah anggap kak hidayah seperti kakakku sendiri. Gelak tawa beliau, senyum beliau , hiburan beliau yang tak pernah berhenti membuat aku gembira. Aku sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan kak hidayah yang sentiasa memberi sokongan dan kasih sayangnya pada adik- adik juniornya. Ketika hampir jam 5:15 petang, kami sudah perlu berangkat ke TBS Kuala Lumpur. Pada waktu itu kawan- kawan yang lain sangat memberi kata- kata semangat pelukan dan salaman mesra sebelum bertolak. Kami sudah seperti sebuah keluarga. Kasih sayang aku pada mereka tidak pernah terhenti malah bertambah sayang.
Nurul Syakilla Binti Anuar merupakan sukarelawan yang akan melaksanakan Misi Jelajah Patani pada 6-23 Ogos 2019 sebagai AJK Kajian dan juga merupakan Exco Kajian Dan Intelektual dalam Grup Sukarelawan Darul Ehsan.




Post a Comment