Hari kelima di patani seperti biasa pagi kami dipenuhi dengan pembacaan al-quran, at mathurat dan kulsam. Hari ini juga merupakan hari terakhir kami berpuasa di Patani iaitu puasa arafah. Puasa tidak menghalang kami daripada melakukan pelbagai aktiviti bersama penduduk kampung di sini kerana terdapat pelbagai aktivit yang boleh dimanfaat di tanah Patani ini.
Kami bergerak ke tadika seawal pukul 8.00pagi. Walaupun hari ini cuti tapi murid-murid di tadika Jamiulwustha sanggup datang untuk mengikuti program kami. Seramai 44 orang murid lelaki dan perempuan yang datang. Cikgu pada hari ini ialah Kila dan Ekin. Pelbgai pengajaran yang dicurahkan dan pelbagai permainan juga dilakukan bagi mendapatkan kembali fokus murid-murid ini. Selesai kelas, kami mengadakan sesi bergambar bersama murid-murid ini, kemudian kami masuk semula ke kelas. Tiba-tiba kami terdengar suara orang menyanyi di belakang. rupanya, beberapa orang murid sedang berltih untuk persembahan mereka. Mereka menyanyikan lagu deen as salam. Semasa Fairus memulakan nyanyinya, aku dan Sha berasa sebak apabila mendengar dia menyanyi dan kami menangis di situ juga. Aku tidak tahu kenapa tetapi Fairus juga turut menitiskan air mata sehingga membuatkan dia hilang fokus. Apabila selesai mereka menyanyi, kami semua duduk di sudut kelas dan menangis bersama-sama. Aku masih lagi tidak faham kenapa kami berada dalam situasi ini. Kemungkinan kami berasa sebak tidak dapat jumpa lagi selepas ini.
Pukul 11 pagi kami berkumpul semula di rumah untuk beberapa perbincangan sehinggalah masuk waktu zohor dan kami solat berjemaah. Selepas zohor kami ke surau Ahol untuk melakukan aktivit gotong-royong di sana. Memandangkan tidak ramai penduduk kampung yang solat jemaah di surau ini menyebabkan banyak sawang dan sampah sarap yang perlu dibersihkan dan dibuang. Bagi kaum perempuan memang tidak ramai yang solat di surau ini dan yang ada pun tiga empat orang yang telah berumur.
Selesai bergotong royong kami pulang semula ke rumah untuk menyiapkan semua travelog dan puisi kami. Hujan yang turun membuatkan kami kesejukkan dan kalau disorongkan bantal pasti sudah nyenyak dibuai mimpi. Disebabkan terlalu fkus menyiapkan travelog kami terlambat untuk berjemaah di masjid jadi kami solat asar berjemaah di rumah sahaja. Selesai solat kami membaca at mathurat dan kulsam sekali lagi. Tiba-tiba kedengaran motor pak Hassan di luar rumah. Beliau menjemput kami berbuka puasa di rumahnya lalu kami bergerak ke rumahnya yang amat besar, cantik dan bersih sekali. Kami dihidangkan dengan nasi arab dan bubur kacang sebagai pencuci mulut. Tidak lama selepas isyak, seorang lagi penduduk kampung menjemput kami makan durian dirumahnya. Rumahnya tidaklah secantik dan sebersih rumah Abe Hassan tetapi tuan rumahnya amat pemurah sekali. Dari sini aku belajar satu perkara, walau bagaimanpun situasi kita, miskin atau kaya sentiasalah bersedekah kepada orang lain. Alhamdulillah untuk rezeki kami hari ini.
Nur Ameera Afiefa bt Azlin merupakan aktivis sukarelawan Misi Jelajah Patani (MIMPI) pada 6 hingga 23 Ogos 2019 sebagai Bendahari. Beliau merupakan ahli, Grup Sukarelawan Darul Ehsan (DE VOLUNTEER). Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Universiti Selangor (UNISEL) kampus Bestari Jaya.
Post a Comment