Pada hari terakhir di Kampung Nad Tanjung, susah untuk diungkapkan dan diperkatakan kerana banyak kenangan pahit manis yang tercipta di kampung ini. Berat kerinduan yang dipikul, berat lagi mata melihat pemandangan kampung itu. Betul orang kata " tak kenal maka tak cinta" selagi kita belum kenal akan sesuatu itu, maka tidaklah merasa cinta dan kasih itu.

Pada pagi itu , jam 5 pagi , kami berkumpul di surau ahol untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah buat kali terakhir. Jam 6:30 kami perlu bersiap untuk bergerak ke narathiwat. Tetapi , kami sempat membaca al mathurat dan sarapan di rumah salah seorang penduduk tempatan kerana dijemput buat kali terakhir sebelum bergerak.
Kami diiringi oleh abang arrifin , abe mat dan poksu sebagai pemandu.

Tibanya di Takbai , kami berkumpul di Masjid Takbai. Doktor Ahmad menerangkan tentang sedikit pencerahan tentang Takbai dan dirinya. Kampung Takbai mempunyai 8 kampung yang luas. Kami juga berjumpa dengan beberapa orang wakil dari PNU , juga beberapa yang dah pernah datang ke Unisel Shah Alam 3 tahun yang lalu. Kebanyakan mereka daripada akademik islam dan bahasa arab. Doktor Ahmad
mempunyai ijazah di jordan
master di universiti taksin iaitu selatan thailand.

Selepas sedikit perbincangan , mereka membahagikan 3 kumpulan iaitu membersihkan kawasan luar masjid, membersihkan bahagian dalam masjid dan membersihkan kawasan wuduk dan tandas.
Aku, abang amin dan fikry membersihkan kawasan luar dengan mengutip semua sampah-sampah dan dibahagikan kepada barang yang boleh dikitar semula dan tidak boleh dikitar semula.

Selepas itu, kami bersarapan bersama. Dengan masa yang ada, kami membuat kulsam dalam Og grup yang bertajuk kasih sayang. 
Ramai berpendapat bahawa kasih sayang merupakan satu sifat yang mampu mewujudkan silaturahim yang baik di antara satu sama lain. Jika tiada kasih sayang antara seseorang itu, maka sukar untuk meneruskan suatu hubungan yang erat malah tiada unsur kepercayaan dan kejujuran.

Setelah itu, kami membuat sedikit taaruf bersama semua pelajar- pelajar PNU dalam suatu bulatan untuk lebih mengenali di antara satu sama lain. Daripada situ, kita tahu nama, umur , bidang yang diambil dan asal daripada mana. Semua ini sangat penting untuk membuat laporan data profiling.

Selepas zuhur, kami menampal poster nama di sekeliling masjid. Seperti poster yang bertulis 'toilet', jaga kebersihan , jangan merokok dan sebagainya untuk tanda mengingati semua orang yang berada di masjid itu. 

Selepas asar, kami menunggu kenderaan untuk menuju ke Princess Narathiwat University . Ada yang menaiki motor , ada yang menaiki kereta. Tiba sahaja di asrama, kami membawa semua beg ke bilik sementara menunggu lelaki tiba. 
Selepas itu , kak summayah , kak ainee , kak areena dan lain- lain juga tiba di asrama dan berehat bersama kami di bilik perempuan. Selesai sahaja solat maghrib, kami bergeral ke kedai makan bersama pelajar-pelajar PNU lelaki dan perempuan dengan menaiki motorsikal.

Semasa makan, mereka sangat baik kerana sudi belanja kami dan utamakan keselesaan kami. Bukan mudah untuk kita menemui mereka yang begitu baik. Kitalah orang yang paling bertuah dan berpeluang merasa rezeki yang Allah beri kerana tak semua orang dapat apa yang kita dapat. Sebab itu, kita perlulah sentiasa hadirkan rasa syukur setiap hari supaya setiap apa yang dilakukan dapat ditingkatkan rasa menghargai.

Nurul Syakilla Binti Anuar merupakan sukarelawan yang akan melaksanakan Misi Jelajah Patani pada 6-23 Ogos 2019 sebagai AJK Kajian dan juga merupakan Exco Kajian Dan Intelektual dalam Grup Sukarelawan Darul Ehsan.


Post a Comment

Previous Post Next Post