Sudah hari yang ke-10 kami di Thailand. Sudah hari yang ke-3 juga kami di Narathiwat. Harini kami dinemput untuk menghadirkan diri ke program PNU iaitu majlis Hari Guru. Akan tetapi, majlis ini menggunakan seratus-peratus bahasa ibundanya, bahasa siam. Ya, disini juga sambutan hari guru masih dikekalkan walaupun ketika di univeristi. Ini bagi tujuan untuk memupuk semangat hormati guru-guru, tenaga pengajar yang telah berkorban masa dan usaha untuk mengajar kita semua.
Tetapi disini ada kelainannya juga. Pelajar diaini bagi pengawasan saya, mereka sangat menghormati majlis. Mereka tidak membuat bising seperti bersembang ketika majlis sedang berlansung. Mereka juga akan memberi sedaya upaya mereka untuk focus dalam majlis ini. Selain itu, majlis ini juga mengadakan majlis-majlis yang lain didalam satu majlis. Contohnya, pemberian sumbangan, dan juga dekan. Dana yang diberikan adalah sejenis biasiswa kepada anak-anak orang miskin dan juga anak yatim. Biasiswa ini diberikan oleh dekan-dekan, orang-orang atasan seperti chancellor, dan juga director. Biasawa ini adalah seratus-peratus duit orang-orang yang berkenaan tanpa bantuan dari kerajaan Thailand. Dana yang dikeluarkan dalam anggaran 50,000 baht seorang.
Setelah usai dengan majlis ini yang terdiri dari pada 4000 pelajar di universiti ini. Kira-kira 90 peratus pelajar disini adalah muslim dan muslima manakala hanya 10 peratus sahaja pelajar yang bukan islam. Kami dibawa ke perpustakaan yang terdekat untuk mengisi masa kami sebelum ke program seterusnya. Kami mengisi masa kami dengan membuat sidikit perbincangan dan berkongsi ilmu yang kami dapat semasa menghadiri majlis sebentar tadi. Tajuk kulsam harini juga adalah kesatuan hati, amarah dan mengutamakan yang utama.
Usai dengan perbincangan, saya dan Farhana, salah seorang ahli sukarelawan ke kawasan bandar untuk menukar sedikit duit poket. Hari ini juga kami membuat keputusan untuk berpuasa, puasa sunat. Setelah pulang ke kampus Institut Islam, kami terus ke kelas untuk menambah ilmu. Kelas untuk hari ini ialah kelas bahasa arab. Saya difahamkan sebelum ke kelas bahawa pensyarah kelas ini adalah seorang yang beras dari Yemen, tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa melayu tetapi beliau sangat fasih dalam berbahasa siam. Sebelum menutup tirai pembelajaran kelas, beliau memberi sedikit hadiah sagu hati kepada kami tanpa penghargaan kerana kami sudi untuk masuk ke kelas beliau.
Dalam jam 6:45 malam, kami bergerak ke surau untuk berbuka puasa bersama rakan yang lain. Hari ini kami dihidangkan dengan nasi arab yang dimasak oleh isteri Dr Ahmad, selaku penolong Dr Muhammad. Semoga rezeki melimpah ruah kepada keluarga Dr Ahmad. Kami berbuka puasa dan menghabikan aktiviti kami dalam keadaan gelap kerana di hostel medikal ada program lain yang memerlukan semua lampu dipadam. Usai dengan berbuka, kamimeneruskan lagi hari kami dengan solat isya’ berjemaah. Selepas habis solat kami ada sedikit tazkirah dan sesi Taaruf dengan Encik Lah, dekan bagi Institut Islam di PNU dan Dr Ahmad sendiri. Kami menutup tirai hari ini dengan postmoterm dan aktiviti posto-posto. Sekian.
Disediakan oleh: SHARIPAH IZRATUL ATIQAH, pelajar Pengurusan Sumber Manusia. merupakan ahli volunteer dan juga exco media bagi misi Patani (MIMPI) yang akan dijalankan pada 6-23 Ogos 2019.


Post a Comment