Sempena Hari Guru di Princess of Naradhiwas University, 'Assistant Professor' Dr. Anish menyampaikan ceramah berkaitan sirah Nabi Adam.
Nabi Adam merupakan guru yang pertama di dunia. Asal kampung kita dari syurga. Syurga di bawah tapak kaki ibu. Baru-baru ini disambut Hari Ibu. 3 bulan yang lepas, ada seorang anak membunuh ibunya kerana nak beli dadah. Bagaimana orang ini nak jadi penghuni syurga. Allah perintahkan malaikat sujud pada Adam, semuanya sujud kecuali iblis. Iblis kata aku tidak akan sujud pada makhluk yang kau ciptakan dari tanah, aku lebih mulia. Syaitan melawan perintah Allah. Bagaimana makhluk ciptaan sanggup melawan tuhan yang menciptakan. Barang siapa yang mengikut petunjuk syaitan, sangat rugi sebab syaitan hanya ada satu tujuan, apa cara nak masukkan manusia ke dalam neraka. Syaitan sangat teliti perancangannya, datang kepada manusia dari arah depan, belakang, kanan dan kiri.


Jika dibandingkan ilmu yang kita ada seperti mencelup jari ke laut, hanya sebesar titis air itu ilmu kita ada, ilmu Allah lebih luas.

Ada seorang sahabat minum arak, jumpa nabi minta nasihat. Disebat tapi minum lagi. Ada sahabat hinakan dia sebab masih minum arak walaupun dah disebat. Nabi bagi peluang, sebabkan dia sayangkan Allah dan Rasul, dia berhenti minum arak.

Aku masuk ke kelas Bahasa Arab pelajar tahun 1. Aku dapat belajar perbezaan huruf untuk bercakap pada lelaki dan perempuan. Ini menunjukkan bahasa arab sangat teliti terhadap apa disebut. Nabi Muhammad adalah 'ummi' (tidak tahu membaca dan menulis) dan Al-Quran itu bukannya Nabi Muhammad yang menulis, Al-Quran adalah wahyu daripada Allah.


Penulis bernama Muhammad Amin Bin Shahrudin merupakan aktivis sukarelawan Misi Jelajah Patani (MIMPI) pada hingga 23 Ogos 2019 sebagai AJK Kebajikan. Beliau merupakan ahli, Grup Sukarelawan Darul Ehsan (DE VOLUNTEER). Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Teknologi Maklumat dengan Pengurusan Rantaian Bekalan, tahun ketiga dari Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran, Universiti Selangor (UNISEL) kampus Bestari Jaya.

Post a Comment

Previous Post Next Post