terasa berat untuk bangun. Namun ku gagahkan jua langkahku untuk bersiap di pagi SubMatakuuh. Seusainya solat Subuh, kami melaksanakan senaman ringan dan beriadah. Kemudian kami terus melaksanakan tugasan-tugasan yang tertunggak seperti puisi dan travelog harian. Tepat jam 8 setengah pagi, van kami pun tiba. Kami dibawa ke bilik mesyuarat di Bangunan Islamic Centre di tingkat 5. Kehadiran kami disambut oleh Dekan Cik Lah. Sambil menanti ketibaan pensyarah-pensyarah lain untuk sesi ber Taaruf, kami diberi peluang menonton video tentang PNU. Video tersebut memaparkan iklan tentang peluang pelajaran yang boleh diperoleh oleh pelajar yang menyambung pelajaran di PNU. Tepat jam 9 pagi, sesi Taaruf dimulakan dengan ucapan dari Dekan Cik Lah. Beliau bercerita serba sedikit tentang latar belakang beliau dan bercerita serba sedikit tentang PNU. Di PNU terdapat 7 jenis fakulti, 3 Kolej, dan 1 Akademik iaitu Akedemik Pengajian Islam. Presiden PNU, Dr Congrak Palasai, seorang yang bukan beragama Islam tetapi jasa beliau untuk bidang Akademik Islam sangat besar. Beliau tidak pernah sesuka hati menghalang apa-apa program berkaitan agama Islam. 

Selesai sesi Taaruf, kami terus ke Fakulti Pertanian. Kami diiringi oleh Ustaz Mohd Toyyib dan dua orang lagi iaitu Dr Ilham, veterinar dan Dr Sulaiman, mikrologi. Kami melawat kawasan pertanian sayur dan bunga. Mereka mempunyai sebuah makmal ujikaji dimana mereka mengambil sebahagian daripada anggota pokok dan dicampur bersama cecair kajian bagi melihat sama ada boleh tumbuh membesar atau tidak. Kami juga sempat melawat kandang kambing, biri-biri dan kuda. Kami kemudian menerima kunjungan dari Dekan Fakulti Pertanian, Dr Naim. Beliau merupakan seorang mualaf yang baru saja memeluk Islam. Beliau memaklumkan bahawa untuk satu kandang, kuota 5 orang pelajar untuk praktikal. Di bahagian penanaman sayur juga pelajar akan berniaga hasil sayur tersebut. 

Selepas itu kami terus ke Masjid PNU untuk solat Jumaat. Isi Khutbah ialah cerita kisah Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS. Pengorbanan seorang anak demi melaksanakan perintah Allah. Aku tak dapat bayangkan bagaimana perasaan jika berpisah dengan bapa sehingga berpuluh tahun, kemudian bertemu semula dan diberitahu hendak disembelih kerana sebuah mimpi yang dikatakan datang dari Allah SWT. Seusai Solat Jumaat, kami, pekena aiskrim pulut Kelantan. Satu cawan penuh hanyalah 10 Baht. Aku boleh bayangkan bahawa harganya boleh mencecah rm3 jika dijual di Malaysia. 

Kemudian kami dibawa ke Pantai Narathiwat. Pemandangan disana sangat cantik. Aku dikhabarkan oleh Roslan bahawa diatas bukit di tepian pantai itu terdapat istana raja suatu ketika dahulu. Disitu juga tiada siapa yang dibenarkan memburu. Kami sempat bergambar bersama sebelum bergerak ke Masjid Jekang untuk solat Asar. Selepas Asar, kami terus ke Pasar Sungai Narathiwat yang berusia 100 tahun. Kami sempat membeli juadah seperti keropok lekor, roti pizza dan takoyaki. Selepas itu, kami menunaikan solat Maghrib dan Isya' di Masjid Jekang dan bergerak ke gelanggan futsal. 

Di gelanggang futsal, Ustaz Mohamad Toyyib memberi tazkirah ringkas. Antara intipati tazkirah termasuklah kekuatan ukhuwah. Ukhuwah antara umat Islam sebenarnya mampu untuk menempis segala halangan. Jika ukhuwah terjalin sangat kuat, kita tidak akan merasakan warna kulit, bangsa, warganegara dan latarbelakang sebagai 'barrier' dalam bersatu. Selepas selesai tazkirah, kami dibawa pulang ke hostel. Kami melaksanakan postmortem dan OG kemudian tidur. 









Fikry Bin Abd Hamid merupakan sukarelawan yang akan melaksanakan Misi Jelajah Patani pada 6-23 Ogos 2019 sebagai Pengarah. Beliau merupakan Exco Sahsiah Majlis Perwakilan Pelajar MPPUNISEL sesi 2019/2020 selain Timbanlan Presiden, Grup Sukarelawann Darul Ehsan Kampus Shah Alam. Beliau juga program Diploma in Accountancy



Post a Comment

Previous Post Next Post