Pagi Ahad dipenuhi dengan rutin harian kami iaitu solat Subuh, bacaan Al-Mathurat, dan Tadarus Al-Quran. Namun begitu, pagi ini akan menjadi lebih sibuk berbanding sebelum ini kerana kami mempunyai tugasan tambahan, iaitu menyiapkan video kompilasi bersama PNU. Kami menjangka video tersebut mampu disiapkan menjelang Asar jika usaha tanpa henti didedikasikan. Pada jam 9 pagi, van kami pun tiba. Nur-Ainee menyambut kehadiran kami dan akan bersama kami mengiringi kami ke Dewan Haji Hassan Madmarn di Bangunan Akedmik Pengajian Islam dan Bahasa Arab (AIAS)
Setibanya disana, ketibaan kami disambut oleh guru-guru tadika PNU. Majlis Hari IbuBapa Tadika sudahpun membuka tirainya. Terdapat pelbagai aktiviti antaranya ialah aktiviti bersama kanak-kanak, cabutan bertuah, sesi bergambar dan sesi soal jawab bersama Presiden PNU, Dr Congrak Palasai. Semasa sesi soal jawab, pelbagai pujian telah diberikan kepada Dr Congrak oleh ibu bapa kepada kanak-kanak Tadika PNU dan ada juga sempat mengusulkan idea seperti ingin melihat PNU menambah bilangan bangunan di Tadika PNU. Idea tersebut telah disambut baik oleh Dr Congrak dan beliau berkata akan mengusulkan idea tersebut ke mesyuarat pihak atasan.
Pada jam 10 setengah pagi, kami bergerak ke Karnival Mingguan Sains di Dewan Terbuka. Disitu, kami melawat pelbagai booth ilmiah seperti sains, tokoh sains Islam dan sains perubatan. Kami sempat melawat sebuah booth yang menghasilkan kertas menggunakan daun. Antara bahanya hanyalah kertas dan gam. Selain itu terdapat juga booth yang menanam rumput dan tumbuhan kecil dengan algae campuran untuk menggantikan tanah. Selain itu, terdapat juga booth salah seorang rakan kami, Nizulkeflee. Dia membuka booth tentang tokoh sains Islam pada zaman dahulu. Dia juga menawarkan satu cop bagi siapa-siapa yang dapat menjawab soalan yang dilontarkan.
Namun, kami tidak mempunyai masa yang banyak. Kami terpaksa bergerak pulang ke Bangunan AIAS untuk makan tengah hari. Antara lauknya termasuklah ayam goreng, ayam kari dan air sirap. Kemudian kami ke Masjid PNU bagi solat Zohor dan bergerak ke Kampung Jakeng. Di sana, kami singgah di Rumah Anak Yatim Nida Alkhair. Di sana, kami disambut oleh Ustaz Moslehin dan Dr Jamal. Kami dibawa masuk untuk sesi taaruf. Ustaz Moslehin menceritakan bagaimana beliau mengambil anak-anak yatim untuk mengajar bahasa arab secara percuma selama 20 tahun. Beliau juga seorang pensyarah di AIAS bersama Dr Jamal. Segala makan minum pelajarnya ditanggung sepenuhnya oleh beliau. Aku amat mengagumi beliau walaupun beliau tidak seberapa fasih bahasa melayu dan inggris. Beliau telah mencurahkan bakti selama 20 tahun tanpa dibayar kepada kanak-kanak di Kampung Jakeng. Kali ini, kami diberi peluang menjalankan aktiviti bersama kanak-kanak di situ. Kami mengajar mereka cara mengira dengan laju melalui permainan 'nombor muka'. Permainan memerlukan kepantasan mengira. Selain itu, permainan kedua ialah permainan 'radio rosak'. Permainan ini pula memerlukan daya ingatan yang tinggi untuk menjayakan objekif permainan. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Selepas satu jam setengah, sesi kami pun tamat. Kami bersolat Asar bersama sebelum makan bersama mereka. Antara lauknya ialah gulai daging dan keropok ikan.
Seusai dari itu, kami bergerak pulang ke hostel. Kami berehat dan solat Maghrib bersama. Pada waktu malam, kami menyiapkan video kompilasi. Alhamdulillah siap. Setelah itu terus OG dan tidur.
Fikry Bin Abd Hamid merupakan sukarelawan yang akan melaksanakan Misi Jelajah Patani pada 6-23 Ogos 2019 sebagai Pengarah. Beliau merupakan Exco Sahsiah Majlis Perwakilan Pelajar MPPUNISEL sesi 2019/2020 selain Timbanlan Presiden, Grup Sukarelawann Darul Ehsan Kampus Shah Alam. Beliau juga program Diploma in Accountancy


Post a Comment