Hari ini hari yang amat penting dalam kalendar misi kami. Harini merupakan hari dimana kami bakal meninggalkan kampung Nad Tanjung. Dalam bersedih, aku harap ini bukan kali terakhir aku datang ke sini. Tidak kira sama ada dalam kumpulan atau bersendirian. Selesai Subuh, kami bersarapan di rumah orang kampung. Lauk yang disediakan ialah nasi tomato, sup lembu dan sup daging. Setelah itu, kami berkumpul di homestay untuk bersalam-salaman bersama AJK Nad Tanjung. Kami sempat bergambar sebelum berangkat ke Narathiwat.

Perjalanan ke Tak Bai memakan masa 1 jam 30 minit. Setibanya di imigresen Tak Bai, kami di sambut oleh penolong Dekan, Dr Ahmad dan 2 orang pelajar beliau, Nur-Ainee dan Tasneem. Kami dibawa terus ke Surau Ibadatus Solehin. Surau ini dibawah penjagaan PNU. Kami sempat 'briefing' ringkas sebelum mulakan tugas mengemas kawasan surau. Antara tempat yang kami kemas termasuklah perkarangan surau, tandas dan bahagian solat surau. Antara aktiviti nya ialah kami mencabut lalang, mengemop lantai, dan membilas lantai tandas.
Selepas Zohor, kami makan tengah hari bersama orang surau. Lauk yang dihidangkan ialah daging lembu goreng dan sup lembu. Setelah itu, kami bersama-sama membersihkan tempat makan. Setelah itu, kami bermesyuarat bersama Dr. Ahmad dan pelajar PNU. Kami membahagikan tugasan terakhir di surau ini. Antara tugasannya ialah menutup lubang di tandas dan membungkus lebihan makanan. Pintu tandas surau banyak kesan-kesan yang menyebabkan lubang, justeru perlu ditampal. Setelah selesai, kami menunaikan solat Asar sebelum berangkat ke Narathiwat. Kami menaiki kenderaan berbeza ketika ke Narathiwat. Untuk perempuan, mereka menaiki kereta MPV Dr. Ahmad manakala lelaki menaiki motosikal bersama pelajar PNU.
Perjalanan memakan masa 1 jam. Setibanya di PNU, kami ditempatkan ke hostel di Fakulti Perubatan. Hostel kami berada di tingkat 4, iaitu tingkat paling atas. Walaupun penat memanjat tangga, kami cuba untuk tidak mengeluh. Antara kelebihannya ialah kami memperoleh pemandangan dari tempat yg tinggi. Apa pun, kami perlu bersolat Maghrib dan Isya' jamak takdim.
Di sebelah malam pula, kami dibawa oleh pelajar PNU berjalan-jalan di Pekan Narathiwat. Kami dibawa ke sebuah gerai untuk menikmati makan malam bersama. Antara menu yang kami nikmati termasuklah mee sup, maggie goreng, milo ais, teh ais, dan kuih muih. Setelah itu, kami bergerak pulang ke hostel sementara kami. Setibanya di hostel, kami melaksanakan OG sebelum tidur.
Fikry Bin Abd Hamid merupakan sukarelawan yang akan melaksanakan Misi Jelajah Patani pada 6-23 Ogos 2019 sebagai Pengarah. Beliau merupakan Exco Sahsiah Majlis Perwakilan Pelajar MPPUNISEL sesi 2019/2020 selain Timbanlan Presiden, Grup Sukarelawann Darul Ehsan Kampus Shah Alam. Beliau juga program Diploma in Accountancy

Post a Comment