Setiap orang pasti ingin menjalani hidup sehari-hari dengan tenang, makan makanan yang sedap-sedap, pergi melancong ke luar negara, gaji besar, rumah besar, kereta laju. Semua perkara ini kita boleh tetapi ada satu perkara yang belum tentu kita memperolehinya, iaitu ketenangan jiwa.
Jika kita kaya tetapi masih rasa belum cukup duit, ada rumah besar tetapi umpama penjara, tak cukup hanya sebuah kereta, membelanja hingga tahap membazir.
Seorang cendiakawan menyebutkan, pokok ini mesti ditanam benihnya, dituai, disiram, dijaga hingga akarnya mencengkam ke bumi, iaitu hati. Bila hati penuh dengan banyak mengingati Allah, maka hati jadi tenang. Pokok ketenangan inilah yang kita mahu memilikinya.
Seorang cendiakawan juga ada menceritakan, ada seorang lelaki menaiki perahu di tengah laut. Lalu, lelaki itu memenuhi perahunya dengan air laut. Lama kelamaan, perahunya semakin tenggelam. Air laut itu umpama dunia, bila kita penuhkan hidup kita dengan dengan dunia, kita akan semakin tenggelam dengan dunia.
Penulis bernama Muhammad Amin Bin Shahrudin merupakan aktivis sukarelawan Misi Jelajah Patani (MIMPI) pada hingga 23 Ogos 2019 sebagai AJK Kebajikan. Beliau merupakan ahli, Grup Sukarelawan Darul Ehsan (DE VOLUNTEER). Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Teknologi Maklumat dengan Pengurusan Rantaian Bekalan, tahun ketiga dari Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran, Universiti Selangor (UNISEL) kampus Bestari Jaya.
Post a Comment