Aku berasa sangat terharu dan pada masa yang sama mendebarkan kerana akan berjumpa dengan orang kuat Princess of Narathiwat University. Beliau tidak dapat bersama kami dalam jangka masa yang lama, tetapi beliau sempat mengucapkan terima kasih dan tahniah di atas kesudian kehadiran kami ke PNU ini. Beliau juga ingin melakukan hal yang sama dengan memberi peluang kepada pelajar-pelajarnya untuk terlibat dengan program pertukaran pelajar di UNISEL juga. Aku juga sangat berharap dapat mengikuti pertukaran pelajar ke PNU kerana di sini terdapat Fakulti Kejururawatan, aku teringin untuk mengikuti kelas pengajian mereka dan mengkaji suasan pembelajaran mereka yang lewat setahun dari aku, mereka memerlukan 4 tahun untuk menamatkan pengajian manakala aku hanya memerlukan tempoh selama 3 tahun sahaja. Itu yang membuatkan perasaan aku lebih teruja untuk merealisasikan hasratku ini. Namun semuanya perlu dirancang dengan baik, bukan senang untuk belajar di unversiti dan negara orang, paling kurang aku perlu bersedia dari segi mental dan fizikal kerana bahasa dan suasana yang berbeza daripada negara kelahiranku sendiri. 

Majlis penutupan kami berlangsung pada malamnya, kami dijamu dengan juadah yang sangat menyelerakan dan layanan yang diberikan sangat baik. Kami ditayangkan dengan video yang sangat mencuit hati dan pada masa yang sama menggamit perasaan syahdu kerana itu merupakan aktiviti yang terakhir kami bersama-sama dengan mereka. Selesai sesi penutupan, kami mengemas bilik itu dan mengambil peluang untuk memberi kata-kata ucapan yang terakhir secara individu dan meluahkan segala rasa kesyukuran kerana dapat mengenali mereka pada hari itu. Kami sempat mendendangkan beberapa buah lagu dan saling berpelukan antara satu sama lain diantara lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan. Satu memori yang tidak akan dapat dilupakan. Terima kasih sahabat yang jauh di Thailand.

Disediakan oleh :

Nur Farhana Marini Binti Marzuki merupakan sukarelawan Misi Jelajah Patani (MIMPI) sebagai Setiausaha, juga sebagai Exco Multimedia dan Teknologi Kreatif Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUNISEL) sesi 2019/2020 serta Setiausaha Grup Sukarelawan Darul Ehsan (DE VOLUNTEER) Kampus Shah Alam.

Post a Comment

Previous Post Next Post