Kamaruzaman dan rakan-rakanya telah mengaturkan aktiviti yang terkhir buat kami sebelum kami balik ke Malaysia. Mereka mengajak kami untuk bermain bola air sambil mengutip sampah di persekitaran Pulau  Kambing. Kami bermain air pantai yang sangat jernih dan indah itu. Pantainya tidak terlalu besar kerana kami boleh lihat pulau di seberang. Aku sangat teruja kerana dapat bermandi-manda di sana kerana aku sangat menggemari aktiviti di pantai walaupun keadaannya yang terik itu akan membuatkan kulit kita rosak namun aku tidak peduli. Ini kerana suasana yang tenang dan damai itu dapat membuatkan aku berasa nyaman dan membuatkan fikiran aku tenang dari segala masalah yang ada.

Sedang seronok bemain air, aku mencuba untuk berdiri di atas sebuah tayar yang terdampar di situ, tiba-tiba aku tergelincir dan kaki aku berasa sakit. Pada mulanya aku tidak sedar yang darah sedang mengalir, namun setelah naik ke pasir pantai baru aku sedar yang ibu jari kaki aku dipenuhi darah dan pasir yang melekat. Aku berjalan ke satu kolah air di tepi masjid yang terdekat di situ dan mencuci kaki aku dari pasir-pasir yang melekat. Lukanya tidaklah terlalu besar dan masih boleh bertahan, aku meneruskan aktiviti seperti biasa, kami makan buah-buahan yang dibawa oleh kawan-kawan daripada PNU dan nikmatinya bersama-sama.

Pada malamya kami sudah bersepakat untuk keluar makan aiskrim bersama-sama di Kedai Little Dreams. Kami memesan aiskrim pilihan kami sendiri dan berkongsi antara satu sama lain, ini dapat mengukuhkan lagi tali persaudaraan antara kami. Kami berfoto kenang-kenangan bersama-sama. Malam yang sangat dingin kerana hujan turun dengan sangat lebat. Kami menunggu di kedai asikrim itu sehingga hujan kembali reda.


Disediakan oleh :

Nur Farhana Marini Binti Marzuki merupakan sukarelawan Misi Jelajah Patani (MIMPI) sebagai Setiausaha, juga sebagai Exco Multimedia dan Teknologi Kreatif Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUNISEL) sesi 2019/2020 serta Setiausaha Grup Sukarelawan Darul Ehsan (DE VOLUNTEER) Kampus Shah Alam.

Post a Comment

Previous Post Next Post