Kami tiba border pukul 6.45 pagi
dan mengambil masa agak lama di border untuk cop kerana ramai orang di sana.
Selesai semua urusan kami meneruskan perjalanan ke Hatyai dan tiba di Hatyai
pada pukul 8 pagi. Kemudian van sampai pada pukul 8.15 pagi. Poksu dan Abe Mat
merupakan orang kampung di Nad Tanjung. Merekalah yang membawa kami
bersiar-siar dan mencari barang sepanjang hari ini.
Jika di Malaysia, waktu pagi kita makan nasi lemak namun di sini awal pagi lagi kami dihidangkan dengan nasi berlauk. Setelah mengisi perut yang kosong kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Prince Of Songkla University (PSU). Kami hanya singgah di PSU untuk melawat tempat di PSU sahaja. Disebabkan kesibukkan jadual pengiring iaitu Dr Usman tidak dapat mengiringi kami melawat sekitar PSU. Kami hanya mengambil beberapa gambar sebagai kenangan.
Panas semakin terik di sini, kami meneruskan perjalanan ke Tesco dan
pasaraya Big C untuk mencari barang bagi anak-anak yatim. Jam menunjukkan pukul
1.20pm di Thailand, kami meneruskan perjalanan pulang ke Nad Tanjung setelah
selesai membeli semua barang.
Dalam perjalanan pulang, kami singgah di CocoOne Restaurant untuk melihat keindahan pantai di sana. Permandangan laut yang luas sangat cantik dan pantainya juga sangat bersih. Walaupun cuaca pada ketika itu panas terik namun, keindahan pantai membuatkan kami terlupa akan kepanasan di situ.
Puas melihat keindahan pantai di CocoOne kami meneruskan perjalanan pulang kami. Setelah melepasi dua border, kami sampai ke Nad Tanjung dengan selamat pada pukul 5.00 petang. Kami memasuki rumah sementara kami di sini. Rumahnya luas dan bersih dilengkapi dengan pelbagai kemudahan sehinggalah kemudahan untuk memasak. Pemandangan di luar rumah jugak indah mata memandang.
Jam menunjukkan pukul 6.00 petang, kami bergegas ke pasar berdekatan untuk membeli makan malam. Kami berjalan kaki mengelilingi kampung Nad Tanjung untuk ke pasar. Penduduk tempatan di kampung Nad Tanjung amat peramah kerana sepanjang perjalanan pergi dan balik ke pasar malam kami disapa oleh ramai penduduk dari yang tua hingga ke kanak-kanak dengan senyuman yang lebar terukir dibibir mereka.
Selesai menunaikan solat maghrib kami makan malam bersama sama dan selepas itu kami berkumpul untuk sedikit perbincangan di samping menunggu ketibaan orang kampung untuk dalam ke perjumpaan malam. Mereka tiba di homestay kami selepas solat isyak dan bermulalah meeting kami pada waktu itu. Perjumpaan malam itu dihadiri oleh 10orang kampung termasuklah penghulu kampung iaitu Encik Kamarudin bin Hj Ismail. Kami membincangkan berkenaan tentatif program kami sepanjang di Nad Tanjung. Orang di kampung Nad Tanjung sangat peramah dan baik hati sehingga membuatkan kami rasa seperti berada di samping keluarga sendiri walaupun hakikatnya mereka berada jauh di Malaysia.

Nur Ameera Afiefa merupakan sukarelawan yang akan melaksanakan Misi Jelajah Patani pada 6-23 Ogos 2019 sebagai Bendahari.
Post a Comment