Awal pagi lagi kami di bawa ke dewan AIAS untuk mengikuti program Hari Keluarga Tadika PNU. Kami hanya menjadi pemerhati dan pendengar sahaja. Disebabkan kami tidak faham bahasa thailand jadi kami tidak memberikan tumpuan sepenuhnya semasa majlis berlangsung. Kanak-kanak di dalam juga membuatkan dewan riuh dan meriah sekali. Aku tergamam mendengar alunan suara kanak-kanak kecil membaca beberapa surah. Kanak-kanak kecil seusia mereka sudah boleh menghafal banyak surah sedangkan aku yang sudah 21 tahun ini tidak seberapa ilmunya. 

Tadika yang dimaksudkan bukanlah tadika seperti di Malaysia yang menempatkan kanak-kanak berusia 3-6tahun tetapi tadika di sini sama seperti kafa di Malaysia. Namun di sini tadika hanya dijalankan pada hujung minggu sahaja. Hari biasa pelajar menghadiri kelas kerajaan. Tadika ini mengajar lebih mendalam mengenai agama islam kerana di sekolah kerajaan tidak menerapkan pelajaran agama. 

Kemudian kami ke Dewan Terbuka untuk melawati Karnival Mingguan Sains 2019 PNU. Banyak booth berkaitan sains yang dibuka antaranya booth medic, booth haiwan eksotik dan banyak lagi. Dari satu ke satu booth kami lawati. Aku, Hana, Ekin dan Shakila sempat bermain satu permainan warna. 

Selepas itu kami dijemput untuk makan tengah hari di bangunan AIAS. Kemudian kami bergegas ke masjid PNU untuk solat zohor dan bergerak ke Kampung Jakeng untuk membuat program bersama anak-anak yatim Nida Alkhair. 

Post a Comment

Previous Post Next Post