Hari ini merupakan hari ke-4 kami di Patani dan merupakan hari ke-2 kami berpuasa iaitu puasa tarwiyah. Seperti hari-hari lain pagi kami dimulakan dengan subuh berjemaah di surau Ahol, membaca at-mathurat, mengaji dan kulsam. pukul 8.30 pagi kami memulakan operasi mengedarkan barangan dapur yang telah dibungkus semalam kepada keluarga asnaf di kampung Nad Tanjung. Kami berjalan kaki ke beberapa buah rumah yang berdekatan untuk edaran pertama. Dari sini aku dapat melihat dan mengetahui keadaan kesihatan mereka, keadaan rumah mereka yang usang dan kesusahan penduduk setempat. Walaupun mereka dalam kesusahan, terdapat beberapa orang makcik yang mengajak kami minum di rumah mereka. Hal ini membuatkan aku berasa terharu kerana mereka sangat baik hati dan tidak malu dengan keadaan mereka.
Sementara menunggu azan zohor kami hanya duduk di rumah menyiapkan segala kerja yang masih tidak siap dan beberapa perbincangan menegnai aktiviti yang akan dilakukan. Habis solat zohor, kami didatangi tiga orang pemuda kampung yang akan membantu kami mengenai persembahan yang akan kami lakukan. Selesai perbincangan persembahan kami menyambung misi mengedarkan makanan yang diketuai oleh ustaz Usman dan tiga orang permuda tadi juga menyertai kami. Semasa sedang mengedarkan barangan dapur, tiba-tiba hujan turun tetapi tidak lebat dan kami berteduh sekejap di hadapan rumah salah sebuah keluarga yang mendapat bantuan. Berhentinya hujan, kami meneruskan misi kami.
Sekali lagi Tok penghulu menjemput kami ke rumahnya, kali ini bukan untuk makan tetapi untuk menaiki bot. Bot yang kami naik agak usang, dan tak dapat menampung ramai penumpang jadi kami terpaksa berpecah kepada dua kumpulan dan dua trip. Trip pertama dinaiki oleh aku, Amin, Shakila dan Ekin. Kami menikmati pemandangan indah sepanjang perjalanan kami. Kiri kanan yang sangat cantik dan udaranya sngguh segar sekali. Trip kedua pula dinaiki oleh Sha, Fikry, Hana dan Ahmad.
Tiba waktu berbuka puasa, kami mengisi perut dengan juadah yang dimasak oleh Sha kemudian kami maghrib berjemaah. Selesai solat, aku melihat di luar rumah ada beberapa orang anak-anak yang telah sampai menaiki basikal. Hari ni merupakan hari kedua dan hari terkahir sesi mengajar mereka modul math, bm dan bi. Walaupun tidak ramai yang hadir berbanding kelas sebelumnya, tetapi kelas tetap berjalan seperti biasa dan mereka juga semakin seronok belajar dengan kami. Selesai belajar, kami melakukan beberapa aktivit refreshment untuk menyegarkan mereka. Mereka sangat seronok belajar pada malam ini dan semua mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dilakukan.
Post a Comment