Pagi kami dimulakan dengan hujan yang lebat. 6 pagi di campus hujan menyebabkan aku dan rakan rakanku tidak dapat bergerak ke masjid unisel untuk solat subuh berjemaah. 630 pagi kami dijemput oleh Anuar untuk membawa kami ke masjid Unisel. Tiada sarapan yang disediakan kerana semua sukarelawan diarahkan untuk berpuasa pada hari ini.

          Slot pertama bermula agak lewat iaitu pada pukul 7.30 pagi. Seperti hari-hari sebelumnya Encik Izwan Suhadak (Cik Su) merupakan orang yang akan mengendalikan slot pada setiap pagi selepas subuh. Slot pada pagi ini berkenaan dengan surat wasiat yang kami tulis pada malam sebelumnya. Memandangkan hari ini merupakan hari untuk misi kami berangkat ke Patani, jadi grup kami diminta untuk membaca wasiat yang telah ditulis. Seorang demi seorang ahli misi Patani dipanggil untuk membaca wasiat masing-masing. Sewaktu Ekin yang merupakan salah seorang ahli misi Patani membaca wasiat, aku dan sha mula menitiskan air mata apabila Ekin memulakan pembacaan wasiatnya. Tiba giliran aku untuk membaca wasiat, suasana sepi membuatkan aku aku meinitiskan air mata dan tidak mampu membaca wasiatku kerana aku berasa terlalu sebak apabila mengenangkan kedua orang tuaku.

           Selesai sesi membaca wasiat, slot kami diteruskan dengan ceramah dari Dr.Zaki. Beliau menerangkan tentang objektif sebenar seaorang sukarelawan. Banyak manfaat yang didapati dari ceramah beliau. Setelah selesai ceramah beliau, kami diberikan masa untuk menyiapkan semua kerja-kerja yang perlu disiapkan. Ahmad, Fikry dan Syakilla pergi ke pekan Ijok untuk membeli bebrapa barang untuk dibawa ke Pattani sebagai cenderahati. Aku, Ekin dan Syakilla pula menyiapkan modul BM. Manakala Sha menyiapkan video pengenalan dan Hana pula menyiapkan segala dokumen penting.



           Jam berputar dengan laju sekali. Semakin dekat dengan masa untuk kami bergerak, debaran semakin terasa. Setelah masuk azan Asar kami begegas ke masjid untuk solat. Selesai solat van kami untuk ke TBS pun sampai. Kami bergerak ke TBS pada pukul 5.30 petang dan keberangkatan kami dihantar oleh ahli-ahli misi Aman dan Misqli. Setibanya di TBS, kami bergegas mencari tempat untuk berbuka puasa.

         Kami bergerak dari TBS pada pukul 11.15 malam. Sewaktu dalam perjalanan, bas yang kami menaiki mengalami kemalangan tapi tidak membahayakan penumpang. Aku menganggap dugaan ini sebagai dugaan pertama untuk misi ini. Kami menunggu 30minit sehingga bas lain sampai. Pada pukul 12 malam bas lain pun sampai dan kami meneruskan perjalanan kami ke Hatyai.


 Nur Ameera Afiefa bt Azlin merupakan aktivis sukarelawan Misi Jelajah Patani (MIMPI) pada  6 hingga 23 Ogos 2019 sebagai Bendahari. Beliau merupakan ahli, Grup Sukarelawan Darul Ehsan (DE VOLUNTEER). Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Universiti Selangor (UNISEL) kampus Bestari Jaya.

Post a Comment

Previous Post Next Post