Selesai semua rutin pagi, kami berjalan kami menuju ke
bangunan canselori di hadapan kampus medical ini. Setibanya Furqon, Sumayyah
dan rakan-rakannya kami bergerak ke Dewan Senat. Tidak lama kemudian Encik
Amidi bin Abdul Manan, Dekan bahagian Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti
(HEP) bersama orang yang tidak disangka-sangka akan hadir iaitu Encik Izwan
Suhadak bin Ishak, Pengarah Pusat Jaringan Komuniti dan Kegiatan Pelajar
(COMNET). Kami dimaklumkan bahawa Ciksu tidak dapat mengikuti Encik Amidi ke
Narathiwat untuk hadir ke majlis rasmi. Namun hari sebelumnya, Ustaz Ahmad
terlepas cakap mengenai kehadiran Ciksu Ke Naratahiwat jadi kami tidak terlalu terkejut
dengan kehadirannya pagi tadi. Kehadiran mereka adalah untuk membuat Mutual of
Understanding (MUO) antara PNU dan UNISEL.
Majlis perasmian ini turut dihadiri oleh beberapa pensyarah
PNU iaitu Dekan Abdullah, Ustaz Ahmad dan Professor Russukon Sangmanee. MAjlis
ini berlangsung tidak lama kerana Professor Russokon sedang mengejar masa untuk
bermesyuarat di tempat lain. Kami sempat bergambar dan memberi beliau hadiah
yang tidak seberapa sebagai kenangan sebelum beliau beransur ke tempat lain.
Seusai majlis perasmian kami bergerak ke AIAS untuk sarapan pagi manakala
Encik Amidi dan Encik Izwan melawati Karnival Sains PNU. Kami duduk di dalam
satu bilik untuk bersarapan sambil berbual-bual dengan pelajar PNU. Sebelum
pulang ke hostel, pelajar lelaki mengambil meja dan kerusi untuk majlis pada malam
ini dan kemudian kami pulang ke hostel.
Malam pun tiba, malam ini merupakan majlis makan malam bersama
pensyarah dan pelajar PNU. Kami diminta untuk menyediakan sebuah vieo yang di
kompilasi aktiviti-aktiviti sepanjang 8 hari kami di PNU. Di sini kami makan
dahulu dan selesai makan baru majlis dimulakan. Amat bereza di Malaysia kerana
di Malaysia kita mulakan majlis dengan beberapa ucapan dan kemudian baru isi perut
yang kelaparan. Selesai makan, Dekan Ciklah membuat sedikit ucapan untuk
pelajar-pelajar UNISEL kemudain diikuti dengan tayangan video dari pihak PNU
dan UNISEL. Video yang ditanyang amat menyayat hati kami semua kerana habis
sudah program kami bersama PNU. Masa yang disangkakan lama habis dengan begitu
cepat di sini. Pelbagai pengalaman baru dan kenangan bersama pelajar-pelajar
PNU yang mengiringi kami dari hari pertama kami di Narathiwat.
Selesai majlis rasmi dan majlis penutup hari ini, kami
berkumpul di antara pelajar sahaja. Kami meluangkan malam kami dengan memberi
ucapan terima kasih, menyanyi lagu dalam bulatan dan membuat pelukan berkumpulan.
Kemudian kami pulang ke hostel dan seperti biasa kami membuat post-mortem terlebih dahulu
sebelum tidur.
Nur Ameera Afiefa bt Azlin merupakan aktivis
sukarelawan Misi Jelajah Patani (MIMPI) pada 6 hingga 23 Ogos 2019
sebagai Bendahari. Beliau merupakan ahli, Grup Sukarelawan Darul Ehsan (DE
VOLUNTEER). Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak,
Universiti Selangor (UNISEL) kampus Bestari Jaya.
Post a Comment