Setiap permulaan akan ada pengakhiran, dan seperti itu juga setiap perjumpaan pasti akan ada perpisahan. Tidak tergambar kesedihan yang dirasai saat hari makin hampir dan masa semakin singkat untuk kami berada di Thailand. 

  Sebagaimana sedihnya kami meninggalkan Kampung Nad Tanjung di Patani begitu juga betapa sedihnya kami kerana tidak lama lagi,kami akan meninggalkan Narathiwat dimana kawan-kawan baru yang telah menjadi sahabat kami. 

         Sahabat baru saya; Sumayyah, Aini, Tasnim dan Areena dalam masa seminggu sahaja telah menjadi kumpulan sahabat yang sangat saya sayangi. Hari telah berbaki 2 hari lagi kami disini. Program pada hari ini tidak padat seperti hari-hari sebelumnya. 

     Program kami pada pagi ini ialah sesi taaruf dan Perjumpaan dengan Salah seorang pengerusi Princess of Naradhiwas University iaitu, Roksukon Seingmani. Walaupun beliau mempunyai jadual yang padat pada hari tersebut, beliau tetap meluangkan masa sedikit untuk berjumpa dengan kami, grup sukarelawan DE. 

    Sebelum perjumpaan dengan President PNU, kami dikejutkan dengan kehadiran seorang penasihat Kami iaitu, Cik Izwan Suhandak ataupun juga mesra dikenali sebagai Ciksu hadir bersama-sama dengan seorang Dekan HEP dari Kampus Unisel Bestari Jaya iaitu, Sir Amidi. Beliau merupakan pensyarah saya pada semester 4 lepas subjek Sains Awal Kanak-kanak.

   Malangnya, Ciksu dan Sir Amidi tidak dapat berada di Narathiwat, Thailand lama kerana mereka berdua mempunyai urusan. Program pada waktu malam Pula, disediakan oleh pengiring serta sahabat kami dan juga merupakan pelajar-pelajar PNU, ialah makan malam formal ataupun 'Dinner' dengan mereka dan beberapa orang ahli pensyarah yang juga merupakan pengiring Kami.

   Pada Malam itu, kami dipersembahkan dengan tayangan dua buah video. Salah Satu video itu disunting sendiri oleh sahabat Kami pelajar-pelajar PNU tersebut manakala sebuah video lagi, adalah daripada Kami yang disunting khas oleh Sharipah ataupun mesra dikenali sebagai Sha.

     Program pada malam itu berakhir selepas masing-masing dari Kami dan pelajar PNU memberikan ucapan , sesi fotografi dan menyanyi bersama-sama.

Post a Comment

Previous Post Next Post