Hari ini juga, kami dikejutkan pada awal pagi sebelum azan subuh untuk bersahur bersama-sama. Seperti biasa hidangan sahur dimasak oleh oleah seorang ahli kumpulan kami, shariah atau Sha. Sesudahnya kami bersahur, kami bersiap-siap untuk ke Surau Ahol untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah bersama dengan penduduk kampung Nad Tanjung. Selepas solat subuh berjemaah, kami pulang ke tempat penginapan, untuk bersiap sedia pula aktiviti yang pertama iaitu, memberi bantuan sumbangan makanan ruji kepada asnaf.
Kami menaiki sejenis kenderaan bermotor yang dipanggil sebagai Ketubek, untuk membawa beberapa bungkusan makanan ruji yang akan diagihkan kepada asnaf. Dengan diiringi oleh Uztat Usman, AJK penduduk kampung Nad Tanjung dan beberapa pemuda datang untuk membantu Kami mengagihkan bungkusan sumbangan makanan ruji.
Selepas kami selesai mengagihkan bungkusan sumbangan makanan ruji kepada asnaf, kami pulang ke tempat penginapan sementara kami untuk membersihkan kawasan diluar rumah tempat kami menginap buat sementara waktu . Kawasan diluar tersebut merupakan tempat lapangan kami jadikan seperti kelas untuk mengajar kanak-kanak.
Selepas habis kami membersihkan kelas, kami berehat sebentar dan menunaikan solat Zuhur. Kemudian, selepas habis menunaikan solat Zuhur, Kami bersiap sedia untuk menyambung aktiviti pengagihan barangan sumbangan bungkusan makanan ruji kepada asnaf.
Aktiviti kami berakhir sebelum berkumandangnya azan Asar, kami pulang ke rumah penginapan dan membersihkan diri untuk menunaikan solat Asar. Pada waktu petang itu selepas Kami habis menunaikan solat Asar, Kami bersiap-siap untuk aktiviti yang seterusnya,iaitu menziarahi sekeliling sungai dalam kampung Nad Tanjung dengan menaiki sampan.
Kami dibawa mengelilingi sungai Nad Tanjung dengan sampan oleh Salah seorang penduduk tempatan yang bernama Razali,atau dikenali sebagai Abe Razali dan diiringi oleh Abe Ariffin, yang merupakan adik dan penolong Tok Penghulu Kampung Nad Tanjung. Kami difahamkan bahawa, pada zaman dahulu sebelum adanya kenderaan, jambatan dan jalan raya, penduduk kampung yang duduk berhampiran sungai akan menggunakan sampan sebagai kenderaan menerusi sungai.
Di sebalik sungai, terdapat pondok-pondok agama yang terbahagi kepada dua, iaitu pondok-pondok lama dan pondok-pondok baru. Kami difahamkan bahawa pelajar yang berada di pondok-pondok tersebut ialah pelajar dari Malaysia. Selain itu, Kami juga diberitahu sungai tersebut merupakan dumber protein penduduk kampung Nad Tanjung dimana mereka dapat memperolehi beberapa sumber protein air tawar seperti udang,Ketam dan juga lokan selain ikan.
Aktiviti Kami pada hari tersebut berakhir seperti biasa selepas perbincangan diantara ahli kumpulan dilaksanakan.



Post a Comment