Tepat pukul 9:30 pagi, van pun tiba. Kami dijemput oleh Dr. Hisyam Hj Maming. Beliau bekas pelajar di UIA dan UM. Beliau telah graduan Master di UM dalam bidang Islamic Studies. Destinasi pertama kami ialah di Kolej Narathiwat. Kolej ini terletak di bahagian bandar Narathiwat, 5 km dari Pantai Narathiwat. Kami dibawa masuk ke dalam muzium Princess of Naradhiwas University. Antara topik menarik ialah tentang Raja Rama IX. Beliau antara raja yang sangat disayangi oleh rakyat kerana keprihatinan terhadap kebajikan rakyat. Selain itu, Kaloe Boat, salah satu simbolik di Narathiwat kerana satu-satunya kapal yang dijumpai di Narathiwat. Bahagian hadapan kapal dipanggil 'Palo', bahagian badan dipanggil 'Terngoh' dan bahagian belakang digelar 'Pungong'. Terdapat juga daun bernama Daun Emas atau 'Golden Leaves'. Daun ini berharga kerana pokoknya tidak dapat ditanam ditanam ke serata tempat, walhal di Narathiwat juga tidak semua tempat boleh ditanam pokoknya. Daun yang gugur tidak meruput, tetapi lebih cerah warnanya dan semakin lama semakin cantik.
Kemudian kami melawat sejarah PNU. Universiti ini dibina pada tahun 2005 dan merupakan tanah yang 'tidak dipandang orang' suatu ketika dahulu kerana tanahnya tidak subur. Tetapi selepas sistem perairan dalam tanah telah diaplikasikan oleh Raja Rama IX, tanah kawasan telah menjadi subur dan merupakan tanah tanaman kelapa sawit. Jarak antara fakulti ke fakulti agak jauh. Nama universiti ini dinamakan daripada nama Puteri Narathiwat. Struktur bumbung yang tajam dinamakan brunsor roofing juga ada di bumbung fakulti disini. Warna merah menyala telah digunakan sebagai warna atap, sebagai simbol semangat.
Setelah selesai, kami dibawa melawat bahagian automotif dan elektronik. Kami dapat melihat bagaimana bentuk rupa bahagian dalam kereta. Di bahagian elektronik, kami diiringi oleh Ajan Nutchnat. Ajan membawa maksud 'cikgu'. Beliau membawa kami melawat kelas kelas disana. Untuk aras bawah merupakan bahagian air conditioner, aras pertama asas elektronik dan pemasangan wayar, manakala aras 2 merupakan bahagian komputer.
Setelah itu, kami bersolat Zohor di Masjid PNU. Selepas Zohor, kami dimaklumkan bahawa lawatan ke Fakulti Liberal of Art dibatalkan kerana terdapat mesyuarat gempar diadakan disana. Seterusnya kami, pulang untuk menyiapkan tugasan yang tertunggak. Selepas Maghrib kami dijadualkan untuk menghadiri ceramah dari Professor Anish. Namun, beliau tidak dapat hadir atas beberapa alasan. Kami menunaikan solat Isya dan terus ke pekan untuk makan malam. Antara lauk yang kami nikmati ialah pak-tu-prat iaitu daging hancur dan nasi. Lauknya sedia maklum agak pedas, namun kerana kelaparan, kami habiskan juga makanan tersebut. Setelah selesai kami pulang ke rumah dan terus melakukan OG. Setelah itu, kami pun tidur.
Fikry Bin Abd Hamid merupakan sukarelawan yang akan melaksanakan Misi Jelajah Patani pada 6-23 Ogos 2019 sebagai Pengarah. Beliau merupakan Exco Sahsiah Majlis Perwakilan Pelajar MPPUNISEL sesi 2019/2020 selain Timbanlan Presiden, Grup Sukarelawann Darul Ehsan Kampus Shah Alam. Beliau juga program Diploma in Accountancy


Post a Comment