Kami pergi ke Taman Didikan Khairiyah yang bersebelahan dengan sebuah surau. Kami memulakan aktiviti dengan sesi taaruf di mana kami dikehendaki memperkenalkan diri masing-masing dengan guru-guru mereka. Tidak lupa akan seorang budak lelaki yang diajak oleh ustaznya untuk membacakan sedikit potongan ayat Al-Quran. Suaranya yang merdu itu memukau pandangan dan pendengaran aku seketika. Kemudian, kami sudah bersepakat untuk menyerahkan tentatif pertama itu kepada Ahmad untuk menceritakan sirah kepada kanak-kanak kecil di situ.
Namun kami diberi pilihan untuk mencuci kawasan surau ataupun terlibat dengan aktiviti bersama kanak-kanak tersebut. Aku memilih untuk bergotong-royong membersihkan kawasan solat wanita. Aku menyapu sampah dan bersihkan kawasan yang berhabuk manakala Arenna pula melipat kain telekung dan sejadah yang bersepah di tepi ruangan solat tersebut. Selesai sahaja tugasan, aku segera ke hadapan untuk bersama-sama dengan kanak-kanak itu. Aku tiba tepat dengan masanya kerana hadir dalam slot yang menggunakan lagu kanak-kanak.
Panas yang terik dan panas yang boleh menyebabkan seseorang sakit kepala merupakan pengalaman yang sangat menonjol dalam hidupku pada hari itu kerana kami ke satu Masjid Wadi Al-Hussein. Masjid tersebut telah berusia 300 tahun kerana tarikh pembinaannya pada 1044 Hijrah. Masjid ini sangat unik kerana menggunakan seni bina kreatif gabungan daripada melayu dan juga China kerana corak pada dinding ukiran kayu tersebut.
Petang yang sangat memberikan memori indah apabila kami dibawa ke air terjun yang terletak di Budo Su Ngai Waterfall. Kami mendengar sedikit tazkirah daripada Ustaz muslimin yang berkaitan dengan kewajipan berjemaah. Beliau menyedarkan saya dengan hal yang mengatakan bahawa jasa manusia terhadap manusia itu adalah perbuatan yang sangat baik dan tidak semua mampu melakukannya. Dia juga berbangga dengan kumpulan misi kami kerana pelajar daripada pihak dia sendiri tidak yakin untuk melakukan misi seperti ini.
Malam yang sangat panjang kerana OG pada malam ini kami dikehendaki untuk menceritakan kisah manis dan pahit mengikut graf kehidupan yang telah kami drafkan selepas posmortem. Tujuan utama ia dilakukan supaya dapat mengeratkan lagi hubungan di antara kami semua, kami dapat menyimpulkan sikap seseorang berdasarkan kisah silamnya sendiri. Bukan itu sahaja, kami juga dapat merancang masa depan kerana diletakkan target yang ingin dicapai pada 5 tahun akan datang.
Disediakan oleh :
Nur Farhana Marini Binti Marzuki merupakan sukarelawan Misi Jelajah Patani (MIMPI) sebagai Setiausaha, juga sebagai Exco Multimedia dan Teknologi Kreatif Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUNISEL) sesi 2019/2020 serta Setiausaha Grup Sukarelawan Darul Ehsan (DE VOLUNTEER) Kampus Shah Alam.
Post a Comment