Hari Keluarga Tadika PNU berlangsung di Dewan Akademik Pengajian Islam dan Bahasa Arab. Ada sebuah persembahan yang membacakan ayat-ayat al-quran yang telah dihafal oleh 3 orang murid. Bacaan mereka sangat lancar. Ini menunjukkan bahawa Allah Maha Berkuasa memberikan hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki.

Seramai 80 orang murid yang berumur antara 5 hingga 6 tahun. Gurunya terdiri daripada warga PNU iaitu pensyarah dan pelajar. Kelas hanya pada hujung minggu dan pada hari yang lain, mereka akan pergi sekolah kebangsaan. Berbeza dengan sekolah di Malaysia, sekolah akan berlangsung dari hari isnin hingga jumaat.

Aku terkesan dengan pesanan Ustaz Musleh, katanya "pintu dakwah bukan sahaja orang yang boleh berkhutbah tapi dakwah boleh berbentuk menjaga anak yatim". Sudah mencecah 500 orang murid yang masuk dan keluar Madrasah Ad-Darul Haitam yang telah bertapak 20 tahun, diasaskan oleh Ustaz Musleh.

Murid di sini berumur antara 5 tahun hingga tingkatan 6. Program di sini melatih muridnya untuk bangun sebelum subuh dan solat tahajud, beriadah lepas asar dan tilawah al-Quran lepas isya'. Semua ditanggung mulai makan minum, yuran sekolah, baju sekolah dan duit belanja sekolah.
Ustaz Wan Imran Wan Ja'far pesan, "Nabi selalu bila berjumpa akan ta'aruf dan tutup dengan surah al'Asr dan tasbih kifarah. Ustaz Wan Imran Wan Ja'far minta untuk kirim salam pada Prof. Dato' Dr. Redzuan Bin Othman yang merupakan Presiden dan Naib Canselor UNISEL.


Penulis bernama Muhammad Amin Bin Shahrudin merupakan aktivis sukarelawan Misi Jelajah Patani (MIMPI) pada hingga 23 Ogos 2019 sebagai AJK Kebajikan. Beliau merupakan ahli, Grup Sukarelawan Darul Ehsan (DE VOLUNTEER). Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Teknologi Maklumat dengan Pengurusan Rantaian Bekalan, tahun ketiga dari Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran, Universiti Selangor (UNISEL) kampus Bestari Jaya.

Post a Comment

Previous Post Next Post