Air mata bergenang menikmati pemandangan sungai yang mengalir tenang dalam kesibukan pasar malam. Huslan menceritakan pengalamannya menjadi guru mengaji ‘qiraati’ di kawasan Narathiwat, tempat menyewanya. Inisiatif ini dimulakan kawannya yang sudah tamat belajar kerana melihat anak-anak orang kampung Narathiwat tidak pandai membaca al-quran, lalu mereka bertiga berbincang dengan ketua kampung untuk membuat kelas mengaji. Setiap kali pulang kuliah jam 4 petang, dia balik rumah untuk bersiap dan jadi guru mengaji jam 6 petang untuk anak-anak. Kawannya akan datang selepas Solat Maghrib untuk mengajar mengaji orang dewasa.
Dia berasa seronok mengajar walaupun tiada upah yang diberikan. Bermain dengan anak-anak kecil menghilangkan rasa penat di kuliah. Macam-macam karenah anak-anak kecil, ada yang nakal, ada yang cepat belajar dan ada yang perlu diberi perhatian lebih. Walaupun mereka tiada pendapatan tetap kerana buat kerja sambilan dan ada yang masih menuntut tapi setiap kali lepas mengaji, mereka akan menjamu makanan dengan duit kutipan antara 3 orang guru mengaji. Sebelum jadi guru mengaji, Huslan sering ada masalah kewangan kerana duit belanja yang mak ayah berikan tidak mencukupi untuk makan minum dan bayar yuran pengajian. Sekarang setelah setahun jadi guru mengaji, duit sentiasa cukup untuk keperluannya. Namun katanya, tidak mudah jadi guru mengaji kerana mereka pernah difitnah puak ‘Wahabi’. Kawannya pernah ditawarkan menjadi imam di kampung itu tapi tidak ambil tawaran itu untuk mengelakkan perbalahan dengan orang kampung.
Sebak aku
memikirkan, walaupun Huslan dan kawan-kawannya membuat perkara yang baik tetapi
ada juga yang mencumburui kelebihan mereka. Kata Huslan, “ini ujian Allah untuk
menguatkan diri aku supaya sentiasa berharap kepadaNya”.
Penulis bernama Muhammad
Amin Bin Shahrudin merupakan aktivis sukarelawan Misi Jelajah Patani (MIMPI)
pada hingga 23 Ogos 2019 sebagai AJK Kebajikan. Beliau merupakan ahli, Grup
Sukarelawan Darul Ehsan (DE VOLUNTEER). Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Sains
dalam Teknologi Maklumat dengan Pengurusan Rantaian Bekalan, tahun ketiga dari
Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran, Universiti Selangor
(UNISEL) kampus Bestari Jaya.
Post a Comment