“Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit” menjadi nasihat kepada diriku untuk berkecimpung dalam bidang kesukarelawanan. Kali pertama aku diajak oleh Muhammad Redhuan Bin Mohd Daud pada tahun 2016 untuk pergi makan dan hadir satu diskusi grup antara mahasiswa. Masa itu, aku turut serta melakukan aktiviti dewan parlimen yang membincangkan tajuk ekonomi. Ketika itu, aku kebingungan sebab Redhuan ajak pergi makan dan hadir diskusi grup tapi ada juga melakukan solat berjemaah, membaca al-ma’thurat, tilawah dan tadabbur al-quran, bacaan hadis 40 Imam Nawawi, pengkisahan sirah dan perbincangan isu semasa di peringkat kampus, negara dan antarabangsa.

Cuaca panas terik sehingga mata aku sepet macam anak cina tapi aku dan teman-teman bersama-sama melakukan aktiviti membersihkan kawasan Pantai Kalatapae, Narathiwat. Orang kampung di sini menggunakan perahu ‘cole’ untuk menangkap ikan di laut.

Terdapat sebuah sekolah tahfiz di sini yang diuruskan oleh Encik Adam. Encik Adam mendapatkan sumbangan dana dari orang ramai untuk menampung kos menguruskan murid-murid di sini. Bangunan untuk kelas sedang dibangunkan.

Panahan hujan membasahi bumi setelah aku dan teman-teman tiba di kedai makan. Kajian cuaca yang dilakukan oleh Jabatan Meterodologi Thailand menyatakan bulan Ogos dan September akan hujan lebat sepanjang 14 hingga 17 hari. Kenderaan yang aku naiki adalah ‘cole’ ataupun cuba bayangkan motosikal yang dipasang tempat duduk seperti beca, tiada cermin hadapan. Lengan aku seperti dicucuk ais, hujan masih renyai ketika aku pulang dari kedai makan. Furqon yang melihat aku kesejukan, meminjamkan baju ‘sweater’ berlogo Manchester United, mungkin Furqon peminat bola sepak liga inggeris. Walaupun dia yang menunggang ‘cole’, pasti lebih sejuk. Furqon anak yatim piatu dan kakaknya sudah berumah tangga tapi aku lihat tulus ikhlas dan luhur budinya seperti seorang yang sayangkan anaknya.


Penulis bernama Muhammad Amin Bin Shahrudin merupakan aktivis sukarelawan Misi Jelajah Patani (MIMPI) pada hingga 23 Ogos 2019 sebagai AJK Kebajikan. Beliau merupakan ahli, Grup Sukarelawan Darul Ehsan (DE VOLUNTEER). Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Teknologi Maklumat dengan Pengurusan Rantaian Bekalan, tahun ketiga dari Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran, Universiti Selangor (UNISEL) kampus Bestari Jaya.


Post a Comment

Previous Post Next Post