Hari ini kami berpuasa sunat hari khamis. Selesai sahur, solat, mengaji, membaca al-mathurat dan kulsam, kami bergerak ke rumah anak-anak yatim yang terletak tidak jauh dari homestay kami tinggal untuk menanam pokok. Kami menanam 8 orang iaitu 4 pokok durian mas dan 4 pokok limau kasturi untuk dijadikan sebagai bekalan akhirat dan manfaat untuk semua penduduk kampung. Aku dan rakan misi lain berharap dapat kembali ke Patani apabila pokok yang kami tanam sudah berbuah. 

 Pada sebelah petang kami tentatif kami diisi dengan pelbagai lawatan yang menarik sekitar Patani. Lawatan ini juga diikuti oleh pengiring-pengiring dari Nad Tanjung iaitu Ustaz Usman, Abe Mat, Abe Ya dan Poksu. Sebelum bergerak ke pekan Patani kami sempat menyinggah ke Mananyong Subdistrict Administrative yang merupakan tempat Abe Mat bekerja. Kami menaiki kereta 4x4 dan aku bersama rakan-rakan duduk di belakang. Walaupun perjalanannya dekat, tapi disebabkan inimerupakan pertama kali aku menaiki kereta 4x4, terasa seronokkannya di situ. Kemudian kami meneruskan perjalanan kami dengan menaiki van pula. 

Tempat pertama yang menjadi tarikan kami ialah Masjid Keresek. Masjid ini merupakan masjid pertama dan tertua di Patani yang dibina pada 500 tahuan dahulu dan diperbuat daripada bata merah malah lantainya tidak menggunakan simen. Simen digantikan dengan campuran beras hitam, kulit kupang yang dilumat hancur bersama telur putih dan manisan (madu). Walaupun dibinakan menggunakan bahan-bahan ini namun masjid ini dibina dengan amat teratur dan cantik sekali. Perkara ini menunjukkan kebijaksanaan masyarakat pada zaman itu. 


Perjalanan diteruskan menuju ke bandar Patani, sekali lagi dalam perjalanan kami singgah di Bendang Garam ang merupakan tempat untuk membuat garam. Di Malaysia, bendang digunakan untuk menanam padi namun disini bendang digunakan untuk memprosesan garam. Garam ini juga berbeza dengan garam kita kerana ia merupakan garam manis. 

Perjalanan diteruskan ke Patani. Sampai di Patani kami terus berhenti di masjid patani untuk berbuka puasa dan solat maghrib. Kami berbuka dengan hanya meminum air sahaja. Selepas solat, kami ke kedai tomyam berdekatan untuk mengisi perut yang kosong. Penduduk Patani sangat baik hati, walaupun masih kenyang makan di tomyam, kami dibawa ke kedai lain pula untuk makan ringan-ringan. Selepas kekenyangan kami terus pulang ke Nad Tanjung untuk berehat.


Nur Ameera Afiefa merupakan sukarelawan yang akan melaksanakan Misi Jelajah Patani pada 6-23 Ogos 2019 sebagai Bendahari. 

Post a Comment

Previous Post Next Post