Pada hari kedua Induksi Misi Sukarelawan, 4 Ogos 2019 telah berlangsung seperti biasa pada waktu qiamullai , semua ahli misi diminta untuk datang awal pada pukul 5.00 pagi untuk berkumpul bersama-sama bagi menunaikan solat-solat sunat dan subuh berjemaah. Setelah itu, kami berkumpul di bilik kuliah untuk membaca Al Mathurat bersama-sama.
Ingin diceritakan pada hari ini, aku sangat terkesan dengan slot yang disampaikan oleh Encik Tenggo iaitu nama panggilannya. Encik Tenggo menceritakan tentang Prinsip-prinsip alam sekitar dalam islamik. Beliau juga menyelitkan beberapa surah yang sangat berkait rapat dengan alam sekitar.
Antara prinsip-prinsipnya ialah tauhid, amanah, 'balance' dan accountibility'. Beliau menerangkan bahawa semua makhluk dalam bumi ini sentiasa memuji Allah, Jadi apa hak kita untuk mematikan makhluk Allah yang sentiasa berzikir. Apa yang ada di dalam bumi Allah ini , itulah bukti kekuasaan Allah kerana Dialah yang menciptakannya seperti tumbuh-tumbuhan, angin, gunung-ganang dan sebagainya.
Encik Tenggo juga ada memberitahu seandainya berlaku kiamat pada hari itu, dalam genggaman kita ada kurma untuk kita menanamnya, Adakah ia akan tumbuh. Jawapannya ia akan tumbuh sebab ia merupakan salah satu bukti buat satu amal dan golongan pahala yang berkekalan.
Selain itu, beliau juga ada menyentuh tentang sayuran organik yang bebas daripada racun atau dipanggil halal toyyiban. Yang dikatakan halal toyyiban adalah halal dan baik yang membawa maksud boleh dimakan dan selamat.
Akhir sekali, beliau ada mengatakan akademik jangan hanya akademik, bermaksud jangan hanya tertumpu pada akademik sahaja tetapi tumpukan juga pada sekeliling kita iaitu alam sekitar kita. Hal ini kerana kita seorang manusia yang tinggal di bumi Dia , diciptakan oleh dia, diberikan rezeki oleh dia, semuanya hanyalah anugerah dari Allah. Kita tiada apa-apa hak ke atas muka bumi yang mempunyai sikap sombong dan riak ke atas makhluk-makhluk Allah.
Nurul Syakilla Binti Anuar merupakan sukarelawan yang akan melaksanakan Misi Jelajah Patani pada 6-23 Ogos 2019 sebagai AJK Kajian dan juga merupakan Exco Kajian Dan Intelektual dalam Grup Sukarelawan Darul Ehsan.
Post a Comment