Aku tidak menyangka akan bertemu dengan Encik Izwan Suhadak Bin Ishak, Pengarah Pusat Jaringan Komuniti dan Kegiatan Pelajar (COMNET) kerana pegawai pengiring yang akan berkunjung untuk majlis rasmi di PNU adalah Encik Amidi Bin Abdul Manan, Dekan Bahagian Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti (HEP). Tujuan pihak pegawai dari UNISEL hadir ke majlis rasmi untuk membuat Mutual of Understanding (MoU) antara PNU dengan UNISEL. Kerjasama ini penting dapat dapatkan mata SETARA dari pihak Kementerian Pengajian Tinggi. Selain itu, meningkatkan tahap pasaran UNISEL dan PNU serta membuka peluang untuk pertumbuhan ekonomi.
Di PNU, terdapat 3 buah kolej, 7 buah fakulti dan 1 akademik. Strategi ini sesuai untuk melibatkan orang Narathiwat untuk menuntut ilmu. Seramai 5000 orang pelajar yang mengaji di PNU. Hampir 80 peratus pelajar dan staf terdiri dalam kalangan muslim dan 20 peratus lagi adalah non-muslim. Pihak PNU juga menaja pelajar yang kurang berkemampuan dari kutipan pensyarah.
Majlis rasmi penutup kali ini membuka pintu hatiku untuk bangkit dan menyembelih sifat kebinatangan dalam diriku. Encik Lah Kek Pong, Dekan Akademik Islam, Arab dan Syariah (AIAS) berpesan pada aku, "apa yang baik kita bawa balik Malaysia, yang buruk kita tinggalkan di sini". Ustaz Anish juga berpesan pada aku, "saling mendo'akan saudara kita kerana itu tanda mahabbah, moga kita dikumpulkan di mahligai syurga". Bergenang air mataku mengenangkan susah payah teman-teman seperjuangan dari UNISEL dan PNU dalam menjayakan projek ini. Aku berharap ukhuwah islamiyah ini terus erat walau menjangkau usia.
Penulis bernama Muhammad
Amin Bin Shahrudin merupakan aktivis sukarelawan Misi Jelajah Patani (MIMPI)
pada hingga 23 Ogos 2019 sebagai AJK Kebajikan. Beliau merupakan ahli, Grup
Sukarelawan Darul Ehsan (DE VOLUNTEER). Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Sains
dalam Teknologi Maklumat dengan Pengurusan Rantaian Bekalan, tahun ketiga dari
Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran, Universiti Selangor
(UNISEL) kampus Bestari Jaya.
Post a Comment