Pada pukul 9 pagi, kami pergi membeli barang- barang dan cenderahati untuk anak- anak yatim dan anak di tadika jamiulwustha bersama poksu dan abe mat di tesco. Mereka tidak mengeluh sedikit pun untuk menunjukkan tempat kedai kepada kami sehinggalah kami jumpa apa yang dicari. Waktu itu, kami mencari beg , barang-barang alat tulis , dan sedikit kelengkapan makanan.
Selepas zuhur, kami membungkus barang-barang tersebut dengan kemas dalam satu beg berwarna warni , dan diasingkan untuk perempuan dan lelaki. Sambil membungkus, kami semua berborak borak dan terhibur dengan lawak jenaka masing- masing. Tapi tidakla sampai kita leka. Kita berhibur boleh tetapi tidak berlebih-lebihan kerana takut membawa kelekaan dan kelalaian.
Sambil membungkus, kami menunggu ketibaan dari abang amin dan farhana. Mereka tiba lewat sehari kerana farhana ada kerja praktikal dan abang amin menemaninya supaya bergerak bersama. Semasa mereka tiba dengan kereta trak yang dipanggil tobek , aku dan kawan-kawanku sangat teruja melihat mereka seperti sudah lama tidak berjumpa. Terukirlah ukhwah manis kami disitu.
Pada malam pula, kami solat isyak berjemaah seperti biasa dan memulakan perbincangan simulasi untuk modul pembelajaran matematik dan bahasa melayu.
Nurul Syakilla Binti Anuar merupakan sukarelawan yang akan melaksanakan Misi Jelajah Patani pada 6-23 Ogos 2019 sebagai AJK Kajian dan juga merupakan Exco Kajian Dan Intelektual dalam Grup Sukarelawan Darul Ehsan.
Post a Comment