Aku dikejutkan oleh Amin untuk bangun dan bersiap. Namun akibat kelekaan beraktiviti pada malam semalam, perasaan penat masih menguasai diriku. Aku dapat rasakan tidurku bak 'tidur mati' malam tadi. Namunku gagahkan jua langkahku untuk bersiap untuk rutin pagi kami. Pada pagi ini, kami tidak mempunyai program yang padat, tetapi tentatifnya ialah untuk membersihkan kawasan Pulau Kambing. Kami mengutip sampah-sampah yang terdampar di persisiran pantai dan memasukkan kedalam plastik sampah dan guni bagi sampah yang boleh dikitar semula. Terdapat juga botol kaca dan serpihan kaca. Mujur kami memakai selipar. Hasil kutipan kami 2 beg plastik besar dan 1 beg guni besar.

Setelah selesai, kami melakukan aktiviti perang air. Kami mengisi plastik kecil dengan air berwarna. Terdapat 4 jenis warna berbeza iaitu warna hijau, merah, jingga dan kuning. Cara permainan nya ialah untuk mengelakkan dari ketua dibaling air. Kedua-dua pasukan yang telah dibahagikan menjadi 7 orang setiap kumpulan, tidak boleh melintasi garisan tengah. 'Peluru' air hendaklah dibaling dibelakang garisan tengah yang telah ditetapkan. Ketua pasukan aku ialah Kak Sha dan ketua pasukan lawan ialah Amin. Hasil perlawanan ialah tiada siapa menang kerana kami bermain terabur.?

Setelah penat bermain, kami pun beramai-ramai masuk ke air laut untuk menyegarkan badan. Sambil kami berenang sambil mengutip sampah didalam laut. Terdapat juga batu bata yang tajam yang kami berjaya temui di dasar. Selama satu jam juga kami berada di dalam air. Waktu Zohor pun tiba. Azan sudah berkumandang dan kami naik ke persisiran pantai. Kami mengutip sampah susulan permainan perang air sebentar tadi. Sesudah itu, kami mengambil wudhu dan solat Zohor berjemaah. Seusai Zohor, kami menjamu sedikit buah-buahan seperti durian, manggis, dan buah nona. Ini kali pertama aku melihat buah nona dan Kak Sha bantu aku mengupas buah nona untuk dinikmati. Pertama kali menyentuh lidah, manisnya terus meresap ke dalam dan nikmatnya jelas terasa. Walaupun banyak biji, namun isi buahnya yang sangat sedap menjadikan biji bukan penghalang untuk aku menikmati buah tersebut.

Setelah selesai segalanya, kami pun bergerak pulang ke hostel untuk berehat. Selepas Asar, kami keluar bersama-sama untuk pergi jalan-jalan di kawasan pekan. Sebelum ke pekan, kami menuju ke Masjid Haji Daud untuk bersiap sedia solat Maghrib berjemaah di imami oleh Ustaz Abdul Razak. Seusai solat, kami terus ke pekan. Destinasi kami ialah kedai aiskrim Little Tree. Aku sudah memaklumkan kepada ahli kumpulan bahawa makanan pada malam ini ditanggung oleh duit sendiri. Antara menu yang dipesan ialah aiskrim susu dicampur dengan nata de cocoa dan aiskrim macha dicampur oreo dan strawberry.

Sebelum kami sempat pulang, hujan lebat mulai turun. Kami tidak dapat pulang waktu itu kerana masing-masing manaiki motosikal. Bimbang akan keselamatan, kami memilih untuk tinggal sebentar di dalam restauran. Sambil itu, kami berborak mengenai politik Malaysia, sejarah Tanah Melayu, Singapura dan sejarah yang berkaitan Sabah dan Sarawak. Aku kagum dengan keiinginan yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar PNU untuk menimba ilmu tentang sejarah Malaysia. Pelbagai bentuk diskusi telah dilakukan dan hasil perbincangan, kami belajar pelbagai perkara baharu. Antaranya termasuklah bagaimana Thailand elakkan dari dijajah pada zaman dahulu, bagaimana negeri-negeri Melayu terbentuk dan disatukan dan sebagainya. Setelah 2 jam menunggu, akhirnya hujan pun reda. Kami bergegas pulang kerana bimbang hujan akan turun semula. Setibanya di hostel, kami melaksanakan postmortem dan OG sebelum tidur.

Muhamad Fikry Bin Abd Hamid merupakan sukarelawan yang akan melaksanakan Misi Jelajah Patani pada 6-23 Ogos 2019 sebagai Pengarah. Beliau merupakan Exco Sahsiah Majlis Perwakilan Pelajar MPPUNISEL sesi 2019/2020 selain Timbanlan Presiden, Grup Sukarelawann Darul Ehsan Kampus Shah Alam. Beliau juga program Diploma in Accountancy

Post a Comment

Previous Post Next Post