Hari kedua induksi, sekali lagi ekin kelewatan menghadiri untuk solat berjemaah bersama dengan ahli-ahli misi yang lain, dek kerana terbangun lambat yang akhirnya menyebabkan Ekin datang sesudah mereka hampir menyelesaikan solat subuh. Selepas habisnya solat subuh berjemaah, induksi dimulakan dengan slot pertama yang dibentangkan oleh Cik Izwan Suhandak. Beliau memulakan slot dengan salam perkenalan dan membuka perbincangan tentang Qurban, dan kepentingan Qurban. Melalui perbincangan tersebut, kami telah mendapat banyak input atau informasi yang amat penting daripada beliau.



Menurut perbincangan tersebut, Qurban merupakan salah satu ibadah dan hukumnya adalah SUNAT MUAKKAD bagi individu yang berkemampuan. Sunat Muakkad bermaksud Sunat yang amat dituntut pelaksanaannya dan MAKRUH meninggalkannya bagi yang berkemampuan. Dari sana, kami juga dapat memperolehi maklumat betapa pentingnya Qurban bagi masyarakat Patani, Thailand. Hal ini kerana, dengan sumbangan Qurban tersebut, kita bukan sahaja memberi sumbangan kepada masyarakat Patani tetapi kita juga melaksanakan salah satu ibadah penting. Selepas habisnya perbincangan Qurban, kami juga berbincang mengenai dana-dana yang perlu ada dalam menjalankan misi agar dapat melangsungkan misi dengan lancar.



Aktiviti induksi berhenti sebentar, kami semua keluar dari bilik perbincangan untuk bersarapan bersama-sama. Seperti biasa, kami bersarapan bersama-sama di dalam talam, dimana satu talam bersamaan dengan 4 orang ahli.Sesudahnya kami selesai bersarapan bersama-sama, kami mempersiapkan diri untuk slot yang seterusnya. Slot yang kedua telah diisi oleh tetamu jemputan bernama Encik Azhari selaku YDP ABIM untuk menceritakan tentang pengalaman beliau ketika menjelajah tempat yang pernah di lawati dahulu. Bukan itu sahaja, beliau juga telah memberikan maklumat penting mengenai berita terkini yang meliputi ekonomi dan politik terkini, juga pendidikan dan watak serta perwatakan. Misalnya, beliau memberikan sedikit maklumat mengenai watak perwatakan masyarakat medan dan sistem politik di Patani, Thailand terkini.



Slot yang terakhir dipenuhkan oleh tetamu jemputan yang seterusnya, iaitu Encik Yusaimi yang dikenali sebagai Encik Tenggo yang akan mengisi ruang slot bertema Alam Sekitar menurut perspektif agama Islam. Melalui beliau, kami telah memperolehi banyak input atau maklumat berkaitan dengan alam sekitar dari potongan ayat-ayat Al-Quran. Slot tersebut habis sebelum Asar dan kami seterusnya mengisi masa yang terluang dengan merakam video di luar masjid . Slot aktiviti di akhiri selepas habisnya solat Maghrib berjemaah.



Noor Asshikin Binti Abdul Zaid,
AJK Aktiviti Misi Patani (MIMPI) 2019.






Post a Comment

Previous Post Next Post