Pada pukul 6.00 pagi saya sudah bangun dan bersiap selepas solat subuh di hostel. Saya bersama teman-teman bertolak daripada Kolej Kediaman Unisel ke Perpustakaan Unisel pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki kereta yang dipandu oleh saya dengan berasa semangat untuk meneruskan lagi program Induksi Misi Sukarelawan (IMISU) yang belum habis semalam. Kami memulakan IMISU dengan slot daripada Cik Norazliyana binti Azmi iaitu Media, Fotografi dan Videografi. Pada slot ini, kami belajar tentang cara untuk menangkap gambar dengan betul dan cantik. Dan juga kami belajar merakam dan menyunting video. Selepas habis slot, kami turun ke bawah untuk solat zuhur sekaligus makan tengah hari. Kami makan nasi putih bersama lauk telur dadar dan sambal tempe. Yang lebih menyeronokkan ialah bila kami makan di dalam dulang bersama-sama. Suasana itu kita boleh dapat hanya bila kita hidup dalam Jemaah. Selepas makan tengah hari, kami menyambung kembali IMISU dengan slot bersama En Izwan Suhadak bin Ishak, penasihat De Volunteer. Beliau mengajar kami tentang cara menyebut huruf dengan betul dan cara untuk berpidato. Kami memberhentikan slot untuk memberi laluan untuk solat asar dan meneruskannya kembali selepas solat. Selepas solat asar, kami memulakan kembali program dengan bermain permainan ‘kebabom’. Selepas itu, penceramah program menerangkan lagi tentang cara atau teknik untuk mengutip dana bagi membantu kami ketika di misi nanti. Selepas selesai slot petang, kami pergi menunaikan solat maghrib selepas makan malam di Masjid Unisel. Pada malam pula, kami belajar tentang cara untuk membuat kertas kerja sebelum pergi ke misi dan habiskan program dengan post mortem dan kesan & pesan untuk program keseluruhan pada hari ini.


Muhammad Anwar Hadi
4 September 2018

Post a Comment

Previous Post Next Post