Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi aku berkesempatan berpijak di Tanah Thailand.
19 Mei 2019, Tarikh aku harus meninggalkan keluarga di Malaysia untuk menyertai Global Peace Malaysia ke Misi Iftar For Needy 2019 di Selatan Thailand. Aku bersama tim tiba di Sadao Imigresen lebih kurang jam 6:30 Pagi waktu Malaysia.
Perjalanan seterusnya ke Hatyai dimana tempat yg kami diturunkan untuk menanti ketibaan Van yang akan membawa aku dan Tim ke Pattani. Di Pattani, Kami dihantar ke "Homestay" Kg. Nad Tanjong, Pattani.
Apa yang aku tertarik hari ini adalah, Surau tanpa Paku iaitu Surau Ahol, Kg. Nad Tanjong. Surau ini asalnya dibina oleh 100% Kayu. Untuk mengukuhkan Surau kecil ini mereka mebinanya menggunakan pasak sebagai ganti kepada Paku. Sangat Unik surau ini.
Semasa keberadaan aku disana, aku mendengar Azan Asar yang dikumandangkan oleh seorang Pakcik Tua yang Tinggal di Surau itu.
Seterusnya kami ke Pasar ( Bazaar Ramadhan ). Fuhh , Pelbagai jenis Makanan Dan minuman yang dijual di pasar itu ! Kalau mengikut nafsu makan memang seperti hendak membeli semua tetapi aku harus Kawal kerana kami diarahkan untuk membeli makanan untuk sahur sahaja. Aku & dan Fikry hanya membeli Roti John, Murtabak Dan Air mineral untuk dibuat makanan Sahur.
Waktu berbuka pula, Jate ( Lelaki ) ke Masjid Jamek, Kg. Nad Tanjong manakala Tino ( Perempuan ) dipecah kan kepada 4 buah Keluarga. Aku dan Kak Dee ke Rumah Poksu. Kemesraan keluarga mereka menyambut aku dan Kak Dee sebagai tetamu sungguh Tinggi. Kemesraan mereka membuatkan aku tidak berasa 'kekok' untuk bersembang walaupun aku kurang faham akan bahasa mereka. Keluarga Poksu mempelawa aku dan Kak Dee menginap di Rumah mereka.
- Siti Nursyahirah -
- 20 Mei 2019 -





Post a Comment