Travelog

20 Mei 2019 - Alhamdulillah. Syukur kehadrat Ilahi, kami tiba di bumi Patani dengan selamat. Sambutan yang kami terima dari orang kampung disini bagai raja.



 Selepas menunaikan Zohor, jamak taqdim disertakan Asar, kami bergerak ke Madrasah Nad Tanjung bagi menghadiri sesi perkenalan bersama ajk2 disini. Wajah2 mesra mereka jelas terpancar sepanjang sesi tersebut. Kami amat berterima kasih atas sambutan yang sangat dialu-alukan oleh mereka. Kami juga sempat melawat surau tertua dia kawasan itu iaitu Surau Auoh. Surau ini asalnya dibina 100% daripada kayu. Kayu "pasak" digunakan seperti paku untuk menyatukan bahagian-bahagian papan masjid



Azan Maghrib berkumandang menandakan masuknya waktu berbuka. Kumpulan lelaki masing2 berbuka di Masjid Jamek manakala perempuan masing2 berbuka di rumah2 ajk kampung. Lauk pauk yg dihidangkan tidak dapat diungkapkan kelazatannya, mungkin berkat keikhlasan mereka menyediakan lauk iftar utk kami di bulan yg mulia ini.

Setelah selesai solat fardhu Maghrib, kami bergerak pulang ke homestay kami utk bersiap sedia solat tarawih di surau Auoh, antara surau yang tertua di selatan Thailand iaitu berusia sekitar 300 tahun.



Seusai solat tarawih, kami pulang utk menyediakan "foodpack" utk diagihkan kepada penduduk2 kampung keesokkan harinya

   -Muhamad Fikry Bin Abd Hamid-
-20 Mei 2019-

Post a Comment

Previous Post Next Post