Ekonomi Thailand bergantung kepada eksport yang merupakan 60% daripada KDNKKadar pertukaran asing mencapai 37.00/AS$1 (KDNK: $7.3 trilion baht) pada 26 Oktober 2006, dengan KDNK nominalnya di lingkungan AS$200 bilion pada kadar pasaran. Ini mengekalkan Thailand sebagai ekonomi kedua terbesar di Asia Tenggara selepas Indonesia, suatu kedudukan yang dipegangnya selama banyak tahun. Pemulihan Thailand daripada Krisis Kewangan Asia 1997-98 bergantung kepada eksport, khususnya permintaan luar Amerika Syarikat dan pasaran-pasaran asing yang lain. Thaksin Shinawatra yang mengambil alih kerajaan pada Februari 2001 bertujuan untuk merangsangkan permintaan dalam negeri dengan mengurangkan pergantungan Thailand kepada perdagangan luar negeri serta pelaburan asing. Bagaimanapun sejak dari masa itu, pentadbiran Thaksin telah menghalusi perutusan ekonominya, dan kini merangkumi dasar ekonomi "laluan kembar" yang menggabungkan rangsangan dalam negeri dengan penggalakan tradisional pasaran terbuka serta pelaburan asing.

Amerika Syarikat ialah pasaran eksport terbesar serta pembekal kedua terbesar selepas Jepun bagi Thailand. Sedangkan pasaran-pasaran tradisionalnya yang utama ialah Amerika Utara, Jepun, dan Eropah, pemulihan ekonomi rakan-rakan perdagangan berjirannya telah membantu pertumbuhan eksport Thailand yang mencapai pertumbuhan sebanyak 5.8% pada tahun 2002. Pemulihan ekonomi Thailand daripada krisis kewangan amat bergantung kepada eksport ke negara-negara Asia yang lain serta Amerika Syarikat. Sejak dari tahun 2005, pertumbuhan eksport kereta jenis Jepun (khususnya Toyota, Nissan, dan Isuzu) yang pesat telah membantu memperbaik imbangan perdagangan Thailand secara dramatik, dengan melebihi sejuta buah kereta dikeluarkan pada tahun yang lalu. Oleh itu, Thailand mendapat tempat sebagai salah satu daripada sepuluh pengeksport kereta yang terbesar di dunia.  Pada bulan Januari 1983, Duta Besar Jepun ke Thailand, Motoo Ogiso menyatakan Jepun menganggap Thailand sebagai sebuah negara strategik barisan hadapan dalam menentang ancaman komunis di Asia Tenggara. Atas sebab itulah Jepun memberi bantuan lebih besar kepada Thailand berbanding negara-negara lain di rantau ini.[1]

Jentera dan barang ganti, kereta, litar bersepadu elektronik, bahan kimia, minyak mentah dan bahan api, serta besi dan keluli adalah antara import-import Thailand yang utama. Kenaikan tingkat import yang baru-baru ini (4.6% pada tahun 2002) membayangkan keperluan untuk merangsangkan pengeluaran kereta serta barang-barang teknologi tinggi.


Thailand ialah salah satu ahli Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Kumpulan Cairns (pertubuhan antarabangsa untuk pengeksport pertanian), serta Pertubuhan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA). Selain itu, Thailand giat mengejar perjanjian-perjanjian perdagangan bebas. Perjanjian Perdagangan Bebas China-Thailand yang bermula pada bulan Oktober 2003 terhad kepada keluaran-keluaran pertanian, dengan perjanjian yang lebih menyeluruh disetujui menjelang tahun 2010. Mulai dari tahun 2003, Thailand juga mengikat sebuah Perjanjian Perdagangan Bebas yang terhad dengan India,, dengan sebuah Perjanjian Perdagangan Bebas Australia-Thailand yang menyeluruh dikuatkuasakan pada 1 Januari 2005. Thailand memulakan perundingan-perundingan perdagangan bebas dengan Jepun pada bulan Februari 2004, dan sebuah perjanjian pada dasarnya disetujui pada bulan September 2005. Perundingan-perundingan untuk sebuah Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Syarikat-Thailand kini juga diadakan, dengan mesyuarat pusingan kelima diadakan pada bulan November 2005.

sumber:wikipedia
Disediakan  oleh   ahmad haydhar bin zabri merupakan mahasiswa unisel mengambil jurusan asasi sains dan memegang jawatan exco keusahawanan sosial dalam grup sukarelawan darul ehsan

Post a Comment

Previous Post Next Post