Pengenalan :
Sejak dahulu lagi Thailand terkenal sebagai destinasi tumpuan pelancong yang tertarik dengan kemeriahannya seperti barangan murah dan aneka makanan enak, malah masyarakat tempatannya yang lembut serta peramah.
Ia juga terkenal dengan rumah ibadat agama Buddha yang kebanyakannya menjadi mercu tanda pelancongan utama di negara terkenal dengan jolokan Gajah Putih itu.
Justeru, ramai beranggapan Thailand destinasi yang hanya sesuai untuk penganut Buddha. Namun, sebenarnya Thailand juga mempunyai sisi yang mampu menambat hati pengunjung Muslim dengan tarikan tersendiri.
Mungkin ada yang menyangka percutian bercirikan halal adalah sesuatu yang sukar di Thailand.
Penulis berasa cukup bertuah kerana dapat menjadi tetamu istimewa di kejiranan utara tanah air sewaktu mengikuti rombongan media anjuran Kelab Keamanan Selatan Thailand (SPMC) dan Persatuan Media Selatan Thailand (STMA) ke lima wilayah di selatan Thailand dengan kerjasama Smile Vision Holidays iaitu Betong, Narathiwat, Yala, Pattani dan Songkhla.
Ketika penulis berkesempatan mengunjungi bangunan bersejarah di selatan Thailand, tepatnya di Kampung Teluk Manok, wilayah Bacho, Narathiwat, masjid tertua di Thailand berusia lebih 300 tahun yang dikenali sebagai Masjid Wadil Husen atau Masjid Teluk Manok, ternyata keaslian seni binanya tidak saja mampu memikat hati pelancong beragama Islam tetapi juga bangsa lain.
Strukturnya yang diperbuat daripada kayu masih berdiri gah yang secara tidak langsung membuktikan pengaruh agama Islam yang hidup lama di bumi itu. Lebih mengejutkan tiada paku yang digunakan untuk membangunkan masjid ini.
Berdasarkan imam masjid berkenaan, Ramli Ahmad, meskipun sudah berusia ratusan tahun, masjid itu masih digunakan penduduk setempat untuk menunaikan solat dan pelbagai aktiviti keagamaan lain.
Beliau yang juga generasi ketujuh pengasas masjid berkenaan iaitu Wan Husen As -Sanawi berkata, masjid itu sudah dua kali dibaik pulih iaitu di bahagian atap yang sebelum ini menggunakan rumbia dan ditukar ke atap senggora daripada tanah liat.
Tiang kayu yang sebelum ini ditanam di dalam tanah sudah dipotong dan disimenkan bagi mengukuhkan lagi struktur bangunan itu.
Penduduk setempat pula menceritakan paku yang digunakan juga dibuat daripada kayu sehingga dapat menyambungkan papan yang satu dengan yang lain secara teratur dan cantik.
Ada beberapa bahagian masjid yang menarik, antaranya tempat muazzin melaungkan azan yang terletak di bahagian paling atas masjid dan ia harus dijangkau dengan menaiki beberapa anak tangga bagi membolehkan suara azan dilaungkan ke seluruh pelosok kampung pada ketika belum ada alat pembesar suara.
Berdasarkan sejarah, masjid berkenaan dibangunkan pada awal abad ke-17 pada zaman kerajaan Pattani.
Bagi pelancong asing amat mudah untuk tiba di masjid ini berikutan dari daerah Bacho, akan ada papan penunjuk arah yang membantu mereka tiba di masjid bersejarah ini.
Dengan melalui perjalanan beberapa puluh minit dari jalan besar dan lorong kecil antara ladang dan sawah, pelancong akan disambut dengan bangunan unik yang mempunyai seni bina campuran Thailand, Melayu, dan China.
Meskipun sudah ada beberapa peralatan moden yang menghiasi ruangan dalam masjid ini, namun rasa keasliannya masih dapat dinikmati.
Selain masjid tertua di bumi selatan Thailand, penulis turut terpukau dengan kecantikan masjid terbesar di Pattani yang terletak di tengah-tengah bandar tua itu.
Penulis yang berkesempatan menaiki kereta api antara bandar untuk menjelajah pusat bandar Islam itu dibawa ke Masjid Jamek Pattani yang terletak di Jalan Yarang dengan diiringi kumpulan motosikal berkuasa tinggi Pattani.
Masjid yang mendapat jolokan Taj Mahal Thailand itu dibina pada 1954 dan ia mengambil masa selama sembilan tahun untuk selesai dibina.
Seni binanya nyata mempunyai persamaan dengan bangunan simbol cinta di India itu kerana mempunyai kolam besar yang panjang di hadapan pintu masuk utamanya.
Bangunan cantik itu mempunyai kubah yang besar selain dikelilingi empat yang lebih kecil dan dua menara.
Masjid ini juga mengandungi ruang solat yang besar dan koridor panjang untuk kemudahan pendudukan Islam di Pattani.
Pattani adalah satu daripada empat wilayah di selatan Thailand yang mempunyai majoriti penduduk yang beragama Islam dan sebagai antara wilayah baru yang diwujudkan dari negara Pattani yang asal, demografinya tidak jauh berbeza dengan wilayah majoriti Melayu Islam yang lain seperti Narathiwat, Yala, Satun dan Songkhla.
Selain masjid terbesar di tengah bandar Pattani, sebuah lagi bangunan ikon untuk masyarakat Islam di bumi Pattani adalah Masjid Kerisik atau dikenali sebagai Masjid Krue Se.
Masjid ini mempunyai tiang bulat mempamerkan gaya seni bina Asia Barat dan satu ciri penting ialah bumbung berkubah yang tidak pernah selesai pembinaannya.
Berdasarkan penduduk Kampung Ban Bana yang menempatkan sebuah makam di tengah laut yang dipercayai mempunyai kaitan dengan masjid bersejarah itu.
Masjid itu dikatakan dibina sewaktu pemerintahan Raja Naresuan Besar (1578-1593) dan berdasarkan cerita legendanya, Ko Lim Chiao, seorang gadis China datang ke Pattani dengan menaiki kapal untuk melihat abangnya yang sudah berkahwin dengan anak perempuan Gabenor Pattani.
Abangnya juga dikatakan sudah memeluk agama Islam dan dalam proses pembinaan Masjid Krue Se.
Disebabkan Lim Chao tidak berjaya mengambil abangnya pulang ke kampung halaman, selepas meletakkan sumpah menghalang bumbung masjid selesai, dia dikatakan menggantung dirinya di pokok berhampiran masjid dan abangnya dikebumikan di tempat yang sama.
Meskipun cerita legenda itu tidak dapat disahkan, namun pembinaan masjid yang tidak selesai hingga sekarang secara tidak langsung dipercayai mempunyai kaitan dengan sumpahan itu.
Masjid Kerisik bukan saja dikunjungi pelancong tempatan dan asing disebabkan keunikannya, malah ia adalah satu tempat bersejarah yang menyaksikan pembunuhan beramai-ramai masyarakat Islam ketika baru selesai menunaikan solat pada 2013.
Sehingga ke hari ini, masih ada kesan tembakan di pintu masjid meskipun bahagian lain masjid sudah dibangunkan semula penduduk setempat.
Diperoleh daripada Masjid ini juga mengandungi ruang solat yang besar dan koridor panjang untuk kemudahan pendudukan Islam di Pattani.

Diperoleh daripada https://www.hmetro.com.my/ekspresi/2017/10/273214/300-tahun-masih-gah
Post a Comment