PENGENALAN

Sheikh Daud atau nama sebenar Sheikh Daud bin Abdullah Al- Fatani merupakan ulama Islam terkenal, guru yang berdedikasi, seorang pengarang prolifik (terutamanya dalam bidang fiqh) dan hafiz antara tahun 1133H-1265H/1847M).

Beliau dilahirkan di Keresik Patani di selatan Thailand dan anak kepada Syeikh Wan Abdullah bin Sheikh Wan Idris Al Fatani. Beliau juga merupakan seorang ulama terkenal yang terlibat secara aktif sebagai Sheikhh Jawi pertama untuk haji di Mekkah.

 Selain itu, beliau beberapa tahun belajar dan menjaani latihan sebagai pelajar ilmu Islam di Patani, Malaysia, Indonesia dan Mekkah. Sejak zaman kanak-kanak, dia telah dilihat mempunyai potensi akademik yang besar dan terkenal dengan kehebatan cepat belajar dalam semua bidang. Akhirnya beliau menjadi seorang guru (pendidik), penterjemah dan seterusnya seorang penulis yang diberi ilmu pengetahuan oleh Allah sebagai asas untuk beliau menjadi salah seorang ulama’ yang paling ternama di Asia Tenggara.

Beliau telah diberi penghormatan oleh masyarakat Asia Tenggara dengan pengetahuannya dalam Al-Quran, Fiqh dan hadith serta menjadi cemerlang dan mendapat pujian dalam kepimpinan. Beliau telah dapat melatih dan mendidik banyak orang untuk menjadi pengikutnya. Dia juga mempunyai peluang dan penghormatan yang jarang berlaku untuk mengaitkan dirinya dengan Sheikh Mohd Salleh Abdur Rahman, seorang ulama syariat dan Haqiqat serta guru di Masjidil Haram.

Sheikh Daud bin Abdullah Al Fatani adalah seorang yang beriman dan kekal kecemerlangan sepanjang hayat mengenai pengetahuan asas Islam, menyebarluaskan beberapa pendidikan, pengajaran dan prinsip-prinsip yang masih relevan dalam sistem pendidikan universal kontemporari pembelajaran.

Analisis yang terperinci mengenai latar belakang biografinya, sumbangan akademik di rantau Asia Tenggara, khususnya dalam bidang pembelajaran, pengajaran ilmu Islam dan yang paling penting karya-karya sastera beliau.

SUMBANGAN

Istilah sumbangan ialah apa sahaja yang bernilai tinggi yang diberikan kepada individu, kumpulan atau lebih meluas kepada masyarakat umum oleh seseorang. Sumbangan yang bernilai tinggi dan bitara itu akan menjadi ikutan, panduan, wawasan dan warisan dizamannya dan sepanjang zaman terutama di Asia Tenggara khasnya Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) di Nusantara. Bahkan penulisan Sheikh Daud (masih ada yang belum pernah dicetak) terus diterbitkan hingga sekarang.


Istilah sumbangan ialah apa yang diberikan oleh Sheikh Daud sama ada dari segi (melalui kitab-kitab Usuluddin) tertentu tentang pendidikan dan konsep ilmu khasnya tatasusila menuntut ilmu. Sumbangan pertama ialah dari peringkat pemikiran sebagai ahli fikir (Mufakkir), Sheikh Daud telah mengutarakan beberapa prinsip umum tentang pendidikan melalui penulisan dan amalannya. Pertama ialah prinsip belajar dahulu sebelum hendak mengajar. Sistem belajar juga perlu mantap yang bermaksud belajar dari beberapa tokoh guru, tempat, masa dan juga bidang agama dan ilmu dunia.


Istilah „berguru‟ untuk menjadi alim, daripada beberapa tempat telah beliau amalkan tanpa jemu-jemu, bersikap proaktif dan inilah satu panduan penting kepada kita yang hendak menjadi ulama‟atau ilmuan.  Kedua ialah kefahaman dari pembelajaran yang mantap, barulah kita mampu menjadi guru yang dapat menghasilkan anak didik yang berwibawa. Beliau telah dapat membentuk ramai anak didiknya hingga menjadi ulama‟ yang mencontohinya. Prinsip kedua ialah guru adalah  contoh atau icon bukan „cakap lain buat lain‟ walaupun ulama itu adalah pewaris para nabi Mereka jua manusia biasa yang ada kelemahannya.  Beliau mempunyai pegangan hidup atau sekarang sering disebut sebagai falsafah tentang pendidikan Islam khususnya Beliau sangat kukuh pegangannya tentang semua orang Islam perlu mempelajari ilmu fardu ain, tauhid terlebih dahulu sebagai teras kepada pendidikan terutama anak-anak mereka.

Falsafah beliau tentang pendidikan ialah ilmu fardu ain iaitu yang wajib perlu dipelajari untuk mengesahkan I‟tiqad dan ibadah seseorang Ilmu fardu ain ini adalah asas kepada semua umat Islam.Dengan itu Sheikh Daud telah mengasaskan falsafah pendidikan teras selain daripada teori dan konsep pendidikan Falsafah pendidikan iaitu axiologi atau nilai dalam pembelajaran ialah belajar „dalam banyak bidang‟kerana semua ilmu itu berkaitan diantara satu sama lain dan untuk menjadi ulama yang berwibawa. Beliau juga berpegang kepada konsep bahawa belajar juga boleh berlangsung daripada orang yang lebih muda umurnya. Ada masanya belajar daripada lebih tua itu juga baik.  Pembelajaran yang berkualiti ialah daripada ramai mahaguru atau imam yang mu‟tabar dan berlainan mazhab (beliau penganut Mazab Syafi) juga dapat memberikan ilmu yang lebih lengkap (termasuk ilmu duniawi iaitu Ushuluddin falak, matematik dan kedoktoran), asalkan Ahlus Sunnah wal Jamaah tetap. Seterusnya beliau berpendapat bahawa „apabila negara tidak berdasarkan hukum Islam adalah negara kafir. Ini adalah bukan satu sumbangan pemikiran beliau sebagai manusia tetapi satu yang wajib diberitahu dan diperintahkan.


Tentang pendidikan beliau menegaskan kepada tiga tahap dan tiga tahap ini telah digunakan oleh beliau untuk menjadi ulama yang tersohor. Pertama ialah belajar atau mengaji dan lebih baik selepas mengaji atau belajar ialah mengajar atau berdakwa. Tahap ketiga yang lebih tinggi ialah menunjukkan kepada orang yang jahil melalui amalan (termasuk menulis) yang baik dan yang memberi manfaat kepada agama.Tiga tahap pendidikan yang tertib ini sangat penting untuk individu terutama ulama, mahupun masyarakat dan ianya adalah asas untuk membina tamaddun agong manusia. Kekuatan ulama ialah ialah ilmu, iman dan amal yang dijalin secara bersepadu termasuk langkah atau perlakuannya.Langkah ulama ialah langkah Rasullullah.Setiap langkah ulama akan menjadi ikutan oleh manusia. Dengan itu ulama sebagai pewaris nabi perlu berwaspada semasa memimpin manusia.


Proses pendidikan seseorang terutama ulama, perlu melalui proses belajar sebanyak mungkin dari sumber dan guru seramai mungkin;menjadi guru atau pendidik dengan menubuhkan madrasahnya (seperti Sekolah Pondoknya sendiri) dan menjadi pengarang untuk menyebarkan pemikirannya. Teori pendidikan bermula daripada peringkat yang wajib kepada yang harus atau pelengkap. Kita wajib mencapai kesejahteraan dan terhindar daripada sekisa-Nya, selain daripada mendapat pahala, keridhaan dan kasihNya. Beliau juga memegang prinsip yang kukuh terhadap pendidikan iaitu „peranan keluarga dan lingkungan keluarga sendiri‟ sangat penting dalam memberikan pendidikan awal seseorang anak.

Pemikiran ini sudah berkembang hingga hari ini, yang menekankan bahawa pendidikan dirumah sangat penting terutama pembinaan sahsiah. Oleh itu ibubapa perlu diberikan pengetahuan untuk mendidik anak-anak mereka bukan sahaja melepaskannya kepada guru dan sekolah. Program „keibubapaan‟ sudah diakui sangat penting untuk pendidikan pengkayaan.dan juga pemulihan. Berguru dengan pelbagai ulama‟ termasuk dari keluarganya sangat penting untuk mengukuhkan budaya ilmu.


Pendidikan dirumah dari peringakat awal kanak-kanak sangat penting untuk menjadi asas yang kukuh. Sheikhh Daud mendapat pendidikan awal dari ahli keluarga yang juga berlatarbelakangnya ulama.11 Salah satu aspek falsafah ialah metafizikal iaitu terdapat benda yang zahir, boleh dilihat selain daripada yang tidak zahir tetapi wujud.Mahluk yang tidak dapat dilihat ialah seperti jin. Ilmu berkaitan dengan jin dapat dikuasai oleh Sheikh Daud.Ini memberikan kita kefahaman bahawa ilmu yang kita punyai masih tidak meliputi aspek yang ghaib.

Teori dan praktis zikir dalam Thariqat Syathariyah yang dikaitkan dengan Sheikh Daud menjadikan ia wajar bergelar ulama selain daripada panggilan-penggilan lain yang hanya berhak digunakan oleh ulama sepertinya. Falsafah: Metafizik ialah satu cabang falsafah yang sangat rapat dengan hubungan agama dan keduniaan serta hubungan elemen yang zahir dan tidak zahir.12 Rumusannya falsafah, konsep dan teori ilmu dan menuntut ilmu juga telah dihuraikan oleh Sheikh Daud termasuk melalui hadith (Bughyatuth Thullab).

Beliau juga dapat peluang berguru dari keturunan Nabi Muhammad s.a.w seperti yang senaraikan dimuka surat Pegangan ini serasi dengan salah satu elemen falsafah iaitu epistemologi, yang bermaksud punca atau teori ilmu. Jelasnya jika orang Barat merujuk kepada Jean Piaget sebagai tokoh teori pendidikan khususnya perkembangan psikologi kognitif, kerana Jean Piaget telah mengasaskan teori ini.Serupalah juga dengan Sheikh Daud yang mendapatkan punca atau sumber ilmu yang mutlak iaitu daripada warisan Nabi Muhammad s.w.t. Sepatutnya semua ilmu perlu mempunyai punca yang mutlak agar kita tidak mengalami masalah dalam pembelajarannya. Akhirnya kita tidak habis bertelagah sesama sendiri kerana semuanya berasaskan kepada ilmu akliah semata-mata yang tidak muktamad. Oleh kerana itu proses belajar ada kelemahan dan perlu diperbetulkan dengan proses belajar semula, belajar baru dan menggantikan apa yang salah dan yang telah dipelajari.


Menghafal seperti dinyatakan oleh Sheikh Daud memang penting dalam pembelajaran. Teori belajar memang bermula dengan menghafal sejak berumur lima tahun sebagai tapak peringkat pembelajaran. Kemahiran teras perlu dikuasai selepas mengenal huruf, menyebutnya dengan betul dan boleh menulis. Teori belajar ini dipakai hingga hari ini, walapun sudah ada buku, kemahiran menghafal masih diperlukan.Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget menyatakan bahawa manusia menguasai ilmu dan kemahiran dalam beberapa tahap umur.

Diperolehi daripada https://umexpert.um.edu.my/file/publication/00006434_114446.pdf

Nur Farhana Marini Binti Marzuki merupakan sukarelawan Misi Jelajah Patani (MIMPI) sebagai setiausaha, juga sebagai Exco Multimedia Majlis Perwakilan Plejar (MPPUNISEL) sesi 2019/2020 serta Setiausaha Grup Sukarelawan Darul Ehsan.

Post a Comment

Previous Post Next Post