8.30 am van PNU sudah menunggu dihadapan perkarangan hostel. 10minit kemudian kami bergerak menuju ke destinasi. Jalan agak sesat hari ini kerana terdapat satu insiden yang berlaku di antara dua buah kereta. Ketibaan kami di dewan besar PNU disambut oleh Ustaz Muhaimin. Dewan Besar dipenuhi oleh pelajar tahun 1. Kami menyertai program sambutan Hari Guru di PNU. Seorang pelajar tahfiz Al-Quran PNU mengalunkan bacaan ayat Al-Quran sebagai permulaan majils. Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan dari beberapa orang pensyarah. Sambutan hari guru di sini amat berbeza sekali dengan sambutan di Malaysia. Di PNU semasa sambutan hari guru mereka memberikan anugerah dan penyampaian kepada pelajar. Namun di Malaysia kita memberikan penghargaan kepada guru-guru.
Selesai majlis sambutan hari guru kami, kami ke perpustakaan PNU untuk menunggu masuknya waktu solat zohor. Semasa di perpustakaan kami membuat sedikit perbincangan dan kulsam yang bertajuk ‘Amarah’. Kemudian kami bergerak ke bangunan islamic studies untuk memulakan kelas pertama kami di PNU. Kami memasuki kelas bahasa Arab. Aku bersama Fikry, Ekin dan Shakila masuk ke kelas ustazah Surianee. Orangnya lemah lembut sekali dan suaranya yang halus membuatkan aku tidak takut untuk masuk ke kelas beliau. Kami di ajar cara bagaimana untuk berjual beli di pasar raya dan cara membeli ikan. Modul yang digunakan di sini sama sekali dengan modul bahasa Arab yang aku pelajari di Malaysia.
Habis kelas bahasa Arab kami pulang ke penginapan membersihkan diri untuk majlis berbuka puasa pada malam hari kerana kami berpuasa sunat pada hari ini. Alhamdulillah rezeki orang berpuasa kami disajikan dengan nasi arab versi Thailand yang ditaja eh ustaz Ahmad. Selepas solat maghrib, kami makan beramai-ramai di dalam kegelapan kerana bekalan eletrik terputus. Walaupun tiada bekalan eletrik kami tetap meneruskan tentatif kami iaitu ceramah dari ustaz Anis
Dan Cik Lah. Tentatif hari ini berjalan dengan lancar, kami pulang ke penginapan untuk membuat post-mortem dan posto-posto sebelum kami berehat.
Nur Ameera Afiefa bt Azlin merupakan aktivis sukarelawan Misi Jelajah Patani (MIMPI) pada 6 hingga 23 Ogos 2019 sebagai Bendahari. Beliau merupakan ahli, Grup Sukarelawan Darul Ehsan (DE VOLUNTEER). Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Universiti Selangor (UNISEL) kampus Bestari Jaya.
Post a Comment