1. Kami bergegas bangun seawal 4:20 pagi untuk bersahur. Antara menu sahur termasuklah roti cecah susu, kurma dan buah jambu batu. Menu tidak lah mewah, tetapi cukup untuk mengisi kekosongan perut bagi menempuh seharian berpogram. Setelah selesai solat Subuh berjemaah, kami bertadarus dan bertadabbur Al-Quran. Surah yang dipilih ialah Surah An-Noor. Kisah Surah An-Noor menceritakan tentang tuduhan zina dan hukuman bagi orang yang menipu dalam menuduh, atau lebih dikenali sebagai orang fasik.

  2. Setelah selesai, kami meneruskan kerja yang tertangguh sambil menanti ketibaan van yang dijangka akan membawa kami ke Dewan Terbuka PNU bagi sambutan Hari Guru disana. Setibanya disana, kehadiran kami disambut oleh Tenku Muhaimin Bin Raja Yusof. Beliau merupakan graduan Master di UM dalam bidang Pengajian Islam. Kami duduk di sebelah beliau sepanjang upacara sambutan hari guru. Slot pertama diisi oleh Ustaz Anish. Beliau bercerita tentang kisah tauladan seperti anak membunuh ibunya kerana tak dapat duit. Setelah itu, slot seterusnya ialah penyampaian hadiah dan sijil penghargaan oleh Presiden PNU, Dr Congkla Palasai kepada pelajar cemerlang oleh Presiden PNU. Selain itu, bantuan kepada pelajar yang kurang berkemampuan juga diberi. Kami berasa kagum apabila dimaklumkan bahawa bantuan ini datang dari sumbangan dekan dan pensyarah-pensyarah universiti, bukan dari kerajaan.

  3. Setelah selesai upacara, kesemua murid pulang dan ada sesetengah dari mereka pergi ke kelas. Kami sempat beramah mesra bersama Majlis Perwakilan Pelajar mereka, yang dikenali sebagai 'Student Union'. Kami dimaklumkan bahawa terdapat 37 orang ahli dalam Student Union. Namun, kami tidak sempat berborak lama kerana mereka sedang mengejar masa.

  4. Pergerakan seterusnya ialah ke surau di bangunan Fakulti Pengajian Akedemik Islam sambil diiringi oleh Ustaz Muhaimin dan Furkon. Sambil berjalan, kami dimaklumkan bahawa setiap 1 pelajar dari luar negara yang menyambung pelajaran di PNU akan ditaja penuh oleh PNU. Setibanya di surau, kami bersolat jemaah Zohor dan berehat. Amin dan Ahmad sudah lama dibuai mimpi manakala aku sedang berbincang dengan Kamaruzaman tentang tentatif untuk hari-hari akan datang. Pergerakan seterusnya adalah ke bilik kuliah bagi menyertai sesi pembelajaran subjek Bahasa Arab. Walaupun kami tidak fasih berbahasa Arab, namun pensyarah tersebut sangat mesra dan terbuka untuk mengajar.

  5. Setelah itu kami pulang ke rumah dan bersiap untuk berbuka puasa. Selepas Maghrib, kami berbuka puasa dan menu kami Nasi Arab dan daging lembu. Juadah kami disertai oleh Ustaz Anish dan Dekan Abdullah, atau dikenali sebagai Cik Lah. Selepas Isya', kami berkumpul bagi sesi pesan memesan yang akan disampaikan oleh Cik Lah dan Ust Anish. Antara pengisian ilmu termasuklah nasihat tentang ukhuwah. Pentingnya ukhuwah kerana ia menjadikan warna kulit, bangsa, nama dan warganegara bukan penghalang untuk bersatu, bersatu atas nama Islam. Sempurnanya seorang muslim apabila bertemu dengan muslim lain, dia sedia membantu dari apa jua pertolongan. Selesai itu, kami pun pulang ke hostel untuk Postmortem dan OG kemudian tidur.



  6. Fikry Bin Abd Hamid merupakan sukarelawan yang akan melaksanakan Misi Jelajah Patani pada 6-23 Ogos 2019 sebagai Pengarah. Beliau merupakan Exco Sahsiah Majlis Perwakilan Pelajar MPPUNISEL sesi 2019/2020 selain Timbanlan Presiden, Grup Sukarelawann Darul Ehsan Kampus Shah Alam. Beliau juga program Diploma in Accountancy




Post a Comment

Previous Post Next Post